Dari khabar angin beliau ingin bertanding sehinggalah beliau disahkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nama Jo-Anna Sue Henley Rampas kian mendapat perhatian orang ramai.

Terkini, penyokong kepada calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu itu tidak mahu gelaran 'Bekas Ratu Cantik' itu digunakan.

Sebaliknya, mereka mahu fokus diberikan kepada kelayakan pendidikan beliau dalam jurusan undang-undang dan juga pengalaman beliau dalam politik sebagai ikon untuk belia Sabah.

BACA: Jelitawan Jo-Anna Sue bakal gegar arena politik Sabah




Jika ditinjau sejarahnya, penglibatan beliau dalam bidang politik bermula apabila Parti Warisan Sabah mencari ikon belia untuk mewakili Gen Y dan Gen Z di Sabah.


Jo-Anna merupakan graduan ijazah Sarjana dalam Undang-undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of West England.