Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe diumum sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong di sini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata beliau memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Tan untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi merampas kembali kerusi berkenaan yang dimenangi DAP pada PRU13.
"Kerusi DUN Jalong merupakan kerusi Gerakan, walaupun kita kalah (pada PRU13) tetapi kita telah berkhidmat sejak empat tahun lepas di Jalong dan beliau (Tan) sentiasa bekerja keras untuk memenangi semula hati pengundi di kawasan tersebut.
"Kita mempunyai keyakinan untuk merampas kembali kerusi itu walaupun pada PRU13 kita kalah dengan majoriti yang agak besar, bagaimanapun menerusi semangat dan kerjasama antara parti komponen BN, saya pasti kita mempunyai peluang yang cerah dan kerusi itu akan menjadi milik BN semula," katanya.
Mah, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan peringkat negeri Perak di sini pada Selasa yang turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta 3,000 hadirin.
Mah berkata beliau telah mengemukakan nama calon bagi kerusi tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyerahkan sepenuhnya soal pemilihan calon PRU14 untuk parti itu kepada Najib selaku Pengerusi BN.
Tan merupakan bekas Anggota Parlimen Gerik serta Bukit Gantang dan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Penerangan dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pada PRU13, DUN Jalong dimenangi Loh Sze Yee daripada DAP menewaskan calon BN Liew Yew Aw dengan majoriti 6,769 undi manakala Parlimen Sungai Siput kini dipegang Michael Jeyakumar Devaraj daripada PKR.
Bagaimanapun, DUN Lintang, juga dalam parlimen Sungai Siput, diwakili Datuk Dzolkafly Harun daripada BN yang menang dengan majoriti 3,977 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2018
Tan Lian Hoe merupakan bekas Anggota Parlimen Gerik serta Bukit Gantang dan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Penerangan dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Gambar fail
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.