Tutup

"Tan Sri Rafidah tidak perlu berlagak suci" - PM Najib

"Tan Sri Rafidah tidak perlu berlagak suci" - PM Najib
Najib berkata, cerita tentang Rafidah sudah diketahui ramai sejak dulu lagi. - BERNAMA
KOTA MARUDU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan Tan Sri Rafidah Aziz agar tidak perlu berlagak suci ekoran ramai sudah ketahui 'cerita' tentang bekas pemimpin UMNO itu.

Menurutnya, beliau bersama dua lagi bekas pemimpin kanan UMNO – Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim – telah lama meninggalkan parti.

"Mereka sudah lama pencen dan meninggalkan parti. Jadi kita sekarang ini nak tumpu pada hari ini dan yang akan datang.

"Cerita Rafidah ini orang dah tahu sebenarnya zaman dulu lagi. Jadi tidak perlulah nak berlagak suci," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Kota Marudu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan veteran UMNO itu yang didakwa menghentam parti serta menyokong pembangkang pada musim kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Rafidah juga didakwa telah mengkritik pentadbiran kerajaan BN dalam beberapa siri ceramah anjuran pembangkang baru-baru ini.
BACA: Rafidah dan Daim digugurkan, Rais disiasat

BACA: 'Anai-anai sudah rosakkan tiang rumah' - Rafidah

BACA: 'Buang tiga bekas menteri UMNO, kami sedia menerima mereka' - Wan Azizah