Pencalonan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebagai calon perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) mmebuktikan pembangkang dan bekas perdana menteri itu kini dibawah telunjuk DAP.
Pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor berkata tanpa sokongan DAP, Dr Mahathir tidak mungkin dapat dicalonkan sebagai perdana menteri dari gabungan pembangkang itu.
"Buat rakyat Malaysia, janganlah jadi pihak yang kalah atau loser juga dengan mengundi parti Mahathir dan sekutunya kalau sayangkan Malaysia ini, apatah lagi semua cukup sedar pembangkang termasuk Mahathir kini dibawah telunjuk DAP.
"Tanpa sokongan DAP, ingat senang ke Mahathir nak jadi calon PM pembangkang?" soal Rizal dalam satu kenyataan hari ini.
Rizal juga secara sinis berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini menjadi pihak yang paling rugi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti kerana terpaksa menyerahkan calon perdana menteri kepada Mahathir.
Katanya, umum mengetahui PKR pada asalnya ditubuhkan untuk menaikkan Anwar sebagai perdana menteri dan menjatuhkan Dr Mahathir.
"Tetapi, hari ini, PKR terpaksa redha untuk menyokong dan mengangkat semula Mahathir sebagai PM buat kali kedua setelah Anwar meringkuk dalam penjara angkara kebuasan nafsunya.
"Justeru, Anwar dan PKR menjadi pihak yang paling rugi (biggest loser) dalam PRU14 kerana terpaksa menyerahkan jawatan calon PM walaupun mereka sedar bahawa Mahathir tak akan sekali-kali mahu Anwar menjadi PM.
"Mahathir juga berjaya 'checkmate' PKR dan semua parti pembangkang lain apabila mendapat kerusi terbanyak untuk bertanding di semenanjung Malaysia pada PRU14 - menjadikan PPBM sebagai parti paling untung - biggest winner," katanya lagi.
Rizal juga mendakwa keinginan Dr Mahathir menjadi perdana menteri sekali lagi bertujuan membuka laluan mudah untuk menaikkan anaknya.
"Walaupun Tun M pernah berjanji kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberinya jawatan PM ketika mula-mula menubuhkan PPBM, nampaknya janji tinggal janji dan Tan Sri Muhyidin terus kempunan," katanya.
Pada Ahad, PH secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri jika gabungan itu berjaya memenangi PRU14.
Astro Awani
Tue Jan 09 2018
Rizal juga secara sinis berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini menjadi pihak yang paling rugi pada PRU14. - Gambar fail
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.