Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan terima kasih kerana Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Ahli Parlimen Sembrong itu masih lagi relevan dalam pentas politik negara.
Katanya, beberapa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mensasarkan beliau di dalam Dewan Rakyat membuktikan kerelevanan disebut Presiden PKR itu sendiri.
"Banyak lagi kerja lain dan (Anwar) hendak sasar saya secara peribadi, saya ucapkan terima kasih, maknanya Sembrong masih lagi relevan," katanya dalam satu hantaran terbaru di akaun Facebooknya pada Rabu.
BACA: Perpaduan kaum asas kejayaan, keamanan dan kestabilan negara
BACA: Kerajaan tanpa DAP, Amanah: Hishammuddin nafi? 'Itu berita baik' - Anwar
Dalam pada itu katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan membiarkan gabungan itu menjadi kambing hitam dalam konflik yang melanda PH hari ini.
Jelas Hishammuddin, serangan demi serangan Anwar kepadanya menjadi signal PH kini sedang goyang dan berada dalam keadaan yang tidak kuat.
"Ada dua perkara, satu, berhubung kait dengan kenyataan Anwar sendiri di Dewan Rakyat semalam, tidak ada apa yang baru. Saya hendak beritahu pada semua bahawa siapalah saya.
"Pertama, saya tidak pegang jawatan apa sahaja jawatan dalam parti sekali pun, jadi
hendak mempengaruhi parti kita untuk sekat Anwar jadi perdana menteri, tidak masuk akal.
"Kedua, parti kita pembangkang, apa kena mengena dengan kedudukan perdana menteri? Kenapa dia fokus kepada kita dalam BN dan UMNO, melainkan kalau dia rasa bahawa dia hendak jadi perdana menteri dengan sokongan BN dan UMNO," jelasnya.
Anwar sebelum ini membayangkan ada usaha di belakang tabir untuk mengumpul sokongan anggota Parlimen untuk menyokong, dan juga menghalang langkah peralihan kuasa.
Anwar turut mengulangi jawapannya yang pelan peralihan kuasa itu bukan sekadar antara dirinya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi melibatkan semua pemimpin PH.
Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan menjelaskan, banyak lagi isu yang boleh dibuat Anwar selain membangkitkan isu peralihan kuasa.
"Kalau dia perlu sokongan kita, saya hendak tanya, adakah dia tidak yakin sokongan parti dia sendiri?
"Jadi isu ini menunjukan bahawa saya tengok Anwar ini, apa yang berlaku di dunia ini seolah-olah dia berkisar jadi perdana menteri atau tidak.
Hishammuddin turut menafikan tulisannya mengenai perpaduan rakyat Malaysia dan bangsa Melayu baru-baru ini menyentuh soal DAP dan Amanah.
"Jadi, mengapa mereka tiba-tiba panik serta terburu-buru keluarkan kenyataan rasmi untuk membantai saya? Adakah mereka tidak baca penulisan saya sebenarnya?
"Tetapi saya ucap terima kasih, saya cakap mengenai perpaduan dan mereka nampak fokus, nasihat saya, penting untuk mereka menjaga negara dengan baik," katanya.
Astro Awani
Wed Oct 16 2019
HISHAMMUDDIN: Serangan demi serangan Anwar kepadanya menjadi signal PH kini sedang goyang dan berada dalam keadaan yang tidak kuat. - Gambar fail/BERNAMA
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.