"Terima kasih semua."
Itu kapsyen video yang dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang baharu hari ini.
'Don't be shy, shy (jangan malu, malu)," kata isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali semasa beliau memeluk Dr Mahathir, dipercayai video itu dirakam di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, hari ini.
Negarawan berusia 94 tahun itu kemudian menjawab, "Sudahlah" sebelum beliau memeluk isterinya selepas diminta berbuat demikian oleh mereka yang hadir di pejabatnya.
Turut hadir, anak pasangan itu, Marina yang dilihat merakamkan detik manis ibu bapanya itu.
Setakat 2 petang ini, video berdurasi satu minit itu yang dimuat naik di Instagram telah mencatatkan lebih 610,000 tontonan dan lebih 16,000 komen.
Komen berkenaan secara amnya mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas kepimpinan dan sumbangan beliau sebagai perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003, dan sekali lagi sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia pada 2018, selepas beliau menerajui Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.
Mendoakan kesejahteraan beliau, kebanyakan netizen turut memberi komen bahawa ini masanya untuk Dr Mahathir berehat dan meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.
Netizen @finasaffie berkata: "Terima kasih Tun ...Ini masanya untuk anda berehat ...luangkan masa anda dengan isteri dan keluarga tersayang ...saya akan sentiasa menyokong anda dan anda akan sentiasa menjadi wira nombor satu saya."
Sementara, @uyainaarsahd berkata: "Saya amat menyayangi anda berdua." Seorang lagi pengikut, @aimiezainuddin berkata: "Terima kasih Tun. Jasa Tun akan dikenang sampai bila-bila. Jaga diri Tun."
Komen diberikan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk @josephine_phen yang memuji Dr Mahathir atas sumbangan beliau terhadap negara.
"Seorang daripada tokoh paling hebat... Terima kasih Tun," tulisnya.
Terdahulu, negarawan berusia 94 tahun itu yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengadakan sidang media berhubung situasi politik semasa di Yayasan Al-Bukhary, di sini.
Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri interim selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh pada 24 Feb.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Al-Sultan Abdullah melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri baharu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 01 2020
Negarawan berusia 94 tahun itu kemudian menjawab, "Sudahlah" sebelum beliau memeluk isterinya selepas diminta berbuat demikian oleh mereka yang hadir di pejabatnya. - Foto IG @Chedetofficial
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Chatbot Meta AI mula diberikan di WhatsApp, Instagram dan Messenger
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.
Instagram akan papar kemas kini Instagram Notes pada halaman profil
Sekiranya anda melakukan perkongsian di Instagram Notes, maka pengguna lain boleh melihatnya apabila melayari halaman profil anda.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Instagram dikemas kini dengan lebih banyak fungsi khusus untuk pencipta kandungan
Kesemua ciri ini diumumkan oleh Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram menerusi video pendek di akaun rasmi baru-baru ini.
'Mana ada orang nak perdagangkan cinta' - Hasrat Sufian Suhaimi nak kahwin tak kesampaian
Sufian menjelaskan keputusan itu dibuat secara bersama dan menganggap apa yang jadi disebabkan mereka tidak lagi sehaluan.
Hannah Delisha alami keguguran - "Insya-Allah jumpa di syurga nanti"
Pelakon Hannah Delisha mendedahkan yang dirinya telah mengalami keguguran.
WhatsApp sedang bangunkan ciri 'mention' pada status
Ia dilihat sama seperti yang boleh dilakukan di Instagram Stories yang turut melibatkan kenalan lain secara langsung dalam status mereka.
TikTok bakal cabar Instagram dengan TikTok Photos
Kalau IG boleh tiru TikTok untuk fokus kepada video, kini giliran TikTok tiru IG untuk fokus kepada perkongsian gambar.
Lelaki rugi lebih RM30,000 terperdaya tawaran kerja sambilan di Instagram
Seorang pemuda kerugian RM30,700 akibat penipuan tawaran kerja sambilan melalui media sosial Instagram.