Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan sebarang pendaftaran parti-parti politik yang baharu di negara ini.
Beliau berkata selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri, kelulusan akan diberi sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.
"Jika ada parti baharu yang mahu diwujudkan, saya sebagai Menteri Dalam Negeri akan meluluskannya kerana kita sebuah negara yang mengamalkan demokrasi," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran dan jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO/Barisan Nasional (BN) negeri Perak di sini malam tadi.
Pada 14 Julai lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau berhasrat menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menarik perhatian apabila berkata beliau optimis penubuhan parti politik baharu tidak akan mampu menarik penyertaan anggota BN dan UMNO.
"Sejarah telah membuktikan banyak parti yang ditubuhkan sejak 1951, namun tidak mampu bertahan lama.
"Silalah buat parti baharu. Ahli UMNO dan BN tetap utuh dalam parti sebagai sebuah pasukan, biarkan parti serpihan datang dan pergi, tetapi UMNO tetap utuh," katanya.
Bernama
Thu Aug 04 2016
Pada 14 Julai lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau berhasrat menubuhkan parti baharu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid
UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN
Hubungan tegang UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang apabila UMNO mengumumkan untuk mempertimbangkan untuk menarik diri daripada gabungan itu.
Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan
Rundingan mengenai pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.
Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid
Ahmad Zahid mengulas berhubung cadangan bagi Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai lokasi bertanding PRU14 akan datang.
Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid
Nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.
Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.
Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi
Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih di atas kecaman Mohammad Nizar tersebut dan pada masa sama berharap semoga taubat beliau diterima Tuhan.
PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tata etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.
Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.