Beberapa pimpinan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor, hari ini membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung kegagalan parti itu mengadakan mesyuarat agung sama ada di peringkat cawangan, bahagian mahupun pusat.
Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, parti itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan selewat-lewatnya 9 Sept lepas, iaitu dalam tempoh setahun selepas penubuhan parti.
"Setakat ini, kepimpinan PPBM telah mengadakan satu perhimpunan di Muar tetapi ia hanyalah sambutan hari jadi dan bukan mesyuarat agung seperti dikehendaki," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu, di sini hari ini.
Arjuna Putra berkata dokumen yang diserahkan kepada RoS termasuk 358 aduan bertulis yang diterima daripada tujuh bahagian - Bakri, Kluang, Sembrong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang dan Batu Pahat.
Menurutnya isu itu telah beberapa kali diusulkan kepada kepimpinan parti, namun tiada tindakan diambil setakat ini.
Arjuna Putra berkata kegagalan mengadakan mesyuarat agung menyebabkan anggota akar umbi tidak mempunyai platform untuk menyuarakan pendapat selain tidak mengetahui status kewangan parti.
"Sehingga tarikh akhir tempoh 12 bulan selepas penubuhan, pihak PPBM tidak mewartakan penyata kewangan yang telah disahkan, rekod pihak pemberi dana dan berapakah jumlah dana disumbangkan oleh parti komponen Pakatan Harapan lain khususnya DAP.
"Berdasarkan aduan rasmi, dikatakan kemungkinan jumlah yang besar telah ditaja oleh DAP dalam melaksanakan pelbagai program PPBM sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan juga pusat," katanya.
Selain itu, Arjuna Putra berkata beliau turut membuat aduan berkaitan isu pendaftaran keahlian PPBM tanpa persetujuan penama yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2017
Sehingga tarikh akhir tempoh 12 bulan selepas penubuhan, PPBM tidak mewartakan penyata kewangan yang telah disahkan, rekod pihak pemberi dana dan jumlah dana disumbangkan parti komponen Pakatan Harapan lain.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
ROS didesak ambil tindakan segera aduan anggota PPBM
Terdapat lebih 400 aduan dikemukakan anggota parti itu di seluruh negara, namun masih belum diambil sebarang tindakan oleh ROS dalam masa empat bulan ini.
Tiada mesyuarat agung, anggota PPBM buat laporan kepada RoS
Arjuna Putra Ali berkata mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, parti itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan selewat-lewatnya 9 Sept lepas.