Bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Harapan (PH) tidak sesekali berasa kecewa atas peralihan kerajaan yang berlaku.
Sebaliknya, mereka berikrar untuk menjadi pembangkang yang baik, aktif selain menunaikan apa yang dikehendaki oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta rakyatnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Asmuni Awi berkata Sultan Nazrin telah menitahkan kepada mereka untuk membantu kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi pelbagai perkara yang berlaku ketika ini.
“Tuanku telah ucap terima kasih atas segala perkhidmatan bekas exco, yang telah kami sumbangkan selama 20 bulan sejak PH ditubuhkan dan berakhir baru-baru ini.
“Tuanku mengharapkan, walaupun kita masih tidak berada dalam Kerajaan, kita masih lagi bersama dalam pelbagai cara.
“InsyaAllah, kami tidak berasa kecewa, jadi pembangkang yang baik, aktif dan menunaikan apa yang dikehendaki Tuanku iaitu untuk membantu Kerajaan dalam menghadapi suasana yang berlaku hari ini dalam keadaan yang ada ini,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta, di sini hari ini.
Ditanya adakah isu pelantikan Menteri Besar baharu turut dibincangkan, Asmuni menafikannya.
Asmuni bersama enam lagi bekas exco PH sebelum itu dipanggil menghadap Sultan Nazrin selama 15 minit di Istana Kinta di sini.
Enam yang lain termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Dr Abdul Aziz Bari, Howard Lee, Tan Kar Hing, Wong May Ing dan A. Sivanesan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 12 2020
Mereka berikrar untuk menjadi pembangkang yang baik, aktif selain menunaikan apa yang dikehendaki oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta rakyatnya. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Doktor pelatih dakwa terima gangguan seksual diminta buat laporan polis
A Sivanesan berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan tiada sebarang laporan dibuat mangsa sekali gus menyukarkan siasatan dijalankan.
Kerajaan peruntuk lebih RM20 juta naik taraf Hospital Kuala Kangsar
Kerja-kerja pembinaan fizikal telah bermula pada 16 Ogos lepas dan dijangka siap pada 10 Feb 2026.
Perak rekod 1,089 kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu
Perak merekodkan 1,089 kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
Penularan COVID-19 masih terkawal, orang ramai perlu kawalan kendiri - Exco
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada terutamanya di kawasan awam bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 pada musim cuti sekolah.
Jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat lebih 200 peratus
Jumlah kumulatif demam denggi di Perak meningkat sebanyak 2,762 kes sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 851 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes pekerja maut di kuari: Siasatan awal dapati tiada kecuaian di pihak majikan
Laporan hasil siasatan awal kes pekerja asing yang maut dalam runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai pada Selasa, mendapati tiada kecuaian daripada pihak majikan.
Denggi: Perak rekod 218.1 peratus peningkatan kes, satu kematian
Perak rekod peningkatan jumlah kumulatif kes demam denggi iaitu 2,005 kes sejak awal tahun ini berbanding 646 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Kes demam denggi di Perak meningkat 218 peratus
Kes demam denggi di Perak meningkat sebanyak 218.1 peratus bagi tempoh Januari sehingga 5 Ogos tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Perak bincang dengan KSM, KDN ambil pekerja asing sektor barangan lusuh
Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri untuk percepatkan proses pengambilan pekerja asing bagi sektor perniagaan barangan lusuh.