Perbuatan menyerang pemimpin UMNO oleh bekas menteri dan pemimpin adalah tindakan khianat dan seperti kacang lupakan kulit.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan veteran UMNO itu juga benar-benar mengecewakan semua ahli parti sendiri.

"Dahulu, semasa mereka memegang jawatan penting dalam UMNO termasuk dalam agensi kerajaan, kita setia menyokong mereka atas dasar parti dan setia kepada pemimpin.

"Jangan melatah andainya bekas menteri dan pemimpin yang menikam parti juga akan dituduh oleh generasi kini sebagai tidak tahu bersyukur dan 'menggigit tangan' yang pernah memberikan mereka kedudukan dalam parti.

"Saya amat kesal kerana selama ini kita di peringkat akar umbi diajar supaya taat kepada pemimpin tetapi kerana agenda PRU14, mereka ini rupa-rupanya pengkhianat dan musang berbulu ayam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BACA: "Tan Sri Rafidah tidak perlu berlagak suci" - PM Najib

BACA: Mereka veteran UMNO, mereka tahu cara nak tegur - Hishammuddin

BACA: Rafidah dan Daim digugurkan, Rais disiasat

BACA: Bukan sesuatu yang pelik mereka sokong Tun Mahathir

Syed Ali mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menggugurkan Tan Sri Rafizah Aziz dan Tun Daim Zainuddin daripada UMNO berkuat kuasa Jumaat lepas.

Sementara, Tan Sri Dr Rais Yatim pula masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.

Dalam pada itu tegas Syed Ali, kekecewaan mereka seolah-olah menikan kesetiaan ahli UMNO selama ini.

"UMNO bukan tidak boleh ditegur. Kita ada saluran dan kaedah tertentu yang semua ahli parti sedia maklum.

"Tetapi apabila berada di pentas pembangkang dan mengecam pemimpin parti sendiri, mengajak rakyat tukar kerajaan; maka perbuatan sedemikian tidak boleh dimaafkan dan wajar dinyahkan daripada UMNO," tegasnya lagi.