Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan mahkamah yang memutuskan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah terbatal dan tidak sah.
Rayuan itu difailkan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pagi tadi sebelum tempoh memfailkan notis rayuan selama 14 hari berakhir pada sebelah petang.
Bercakap pada sidang media di Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban hari ini, Mohamad berkata, keputusan untuk membuat rayuan dibuat selepas mengambil kira alasan penghakiman lisan yang diberikan oleh Hakim Datuk Azimah Omar pada 16 Nov lalu.
Ujarnya, keputusan memfailkan rayuan bagi mempertahankan kerusi DUN Rantau itu telah difikir sebaik-baiknya selain berdasarkan nasihat yang diberikan oleh barisan peguam.
Keputusan itu juga dibuat untuk membebaskannya daripada sebarang dakwaan salah laku semasa hari penamaan calon PRU14.
"Alhamdulillah, dalam penghakiman lisan yang dibuat oleh Hakim Datuk Azimah tidak langsung menyebut saya yang merupakan sebagai dia punya case judgment. Beliau cuma menyebut responden kedua gagal jalankan duty, oleh sebab itu Yang Arif berpendapat PRK (pilihan raya kecil) Rantau perlu diadakan," kata Mohamad.
Pada 16 Nov lalu, Mahkamah Pilihan Raya Seremban memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau terbatal dan tidak sah.
Ini susulan petisyen yang difailkan oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk Rantau, Dr S. Streram pada 23 Mei untuk mencabar pengisytiharan kemenangan Mohamad yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dr Streram memfailkan petisyen itu selepas beliau tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tiada pas calon SPR.
Mengulas lanjut, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, rayuannya juga merupakan kesinambungan dari rayuan yang dibuat oleh pihak SPR yang memfailkan notis rayuan semalam.
Tambahnya, rayuan ini telah difailkan bagi kepentingan terbaik pengundi di DUN Rantau dan juga sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan posisi beliau selaku ADUN Rantau.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Nov 29 2018
Mohamad (kiri) berbincang bersama peguamnya Abu Bakar Isa Ramat selepas mengadakan sidang media berhubung tindakan beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan hari ini. - BERNAMA
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
PRN: Datang awal mengundi sebab nak jadi contoh untuk anak, orang muda
Pengundi di DUN Rantau pilih datang awal bagi melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat.
PRN: Tok Mat selesai mengundi di Rantau
Calon DUN Rantau itu menasihatkan pengundi untuk turun awal kerana cuaca sekarang tidak menentu dengan kemungkinan hujan pada sebelah petang.
PRN: Tok Mat buat penampilan kelima tanding DUN Rantau, saingan satu lawan satu
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini membuat penampilan kelima bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.
Tok Mat mahu pertahan kerusi DUN Rantau, tanding Parlimen pada PRU15
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan akan bertanding di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Pemimpin PKR kembali bersatu, dua kongres kini menjadi satu
Buat pertama kali dalam sejarah sejak penubuhan PKR asejak 1999, hampir terjadi 2 kongres berlangsung serentak, ekoran sengketa dalaman antara pemimpin parti tidak berkesudahan.
Kalah di Rantau tidak bemakna sokongan terhadap PH merosot - Johari
Gabungan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pas sebenarnya tidak banyak membantu Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Calon Bebas, Malarvizhi teruja pertama kali mengundi
Calon bebas Malarvizhi menjadi calon paling awal berada di Pusat Daerah Mungundi SJKC Chung Hua bagi tunaikan tanggungjawab.
PRK Rantau: 96 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab
Pusat Mengundi awal di Pangkalan Udara Sendayan dan Balai Polis Rantau dibuka pada 8 pagi sebelum ditutup pada 12 tengah hari tadi.
PRK Rantau: Polis terima 73 laporan, 15 kertas siasatan dibuka
Polis sahkan terima 73 laporan sepanjang kempen PRK Rantau
UMNO ibarat 'jatuh ditanduk kerbau' jika Tok Mat kalah
Namun sekiranya Mohamad, yang menang di DUN Rantau sejak 2004 tewas, ia pastinya merupakan tamparan besar buat beliau dan BN.