Rakyat perlu menolak Pakatan Harapan yang diterajui pemimpin 'gila talak', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pakatan pembangkang itu umpama kapal tiga nakhoda yang menunggu masa untuk tenggelam akibat tidak sehaluan.
"Rakyat sudah berikan peluang selama 22 tahun untuk 'top dog' itu memimpin. Kali ini, apabila kegilaan talak berlaku, saya fikir tibalah masanya rakyat menolak pakatan impian siang hari ini yang berketuakan seorang yang kehilangan talaknya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 20,000 orang.
Turut hadir Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata rakyat harus menolak pemimpin berkenaan yang sudah diberikan peluang memerintah ketika eranya.
"Zaman seseorang itu menjadi pemimpin sudah berlalu, beliau sepatutnya menjadi negarawan yang dihormati namun, sebaliknya, beliau sering berbeza pendapat dan mendakwa pemimpin sekarang tidak betul.
"Setiap pemimpin ada eranya dan masanya sudah tamat. Jangan campur soal politik sebaliknya, serah kepada kami (pemimpin negara sekarang)," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap rakyat memahami prinsip kebersamaan dalam kalangan parti-parti Barisan Nasional (BN) sejak 1957 yang menjadi kekuatan dalam kerajaan BN hingga sekarang.
"Kita (BN) adalah perkahwinan politik secara kekal bukan perkahwinan mutaah. Daripada tiga rakan kepada 14 rakan dan kini menjadi 13 rakan. Mereka (pakatan pembangkang) pula daripada Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan, menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Marak di sini sebelum menghadiri majlis jamuan Aidilfitri UMNO Kelantan di Dataran Rehal di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2017
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga,kiri) melihat naskhah Al-Quran yang ditulis dengan tangan ketika hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).