Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) diarah 'mengunci' pengundi 'putih' di kawasan masing-masing agar tidak dicuri pihak lawan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.
Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata kaum wanita yang kebanyakannya menjadi undi penentu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, perlu diberi perhatian sebaik mungkin agar sokongan jitu mereka kepada BN tidak berubah disebabkan terpesong dengan dakyah dan kempen pembangkang.
"Tudung merah (Wanita UMNO) ini amat digeruni lawan dan mereka tahu kita memegang pengundi putih yang boleh menentukan kemenangan luar biasa BN.
"Sebab itu saya mahu jentera Wanita, khususnya UMNO tidak leka dan sentiasa berwaspada dengan usaha pembangkang untuk mencuri pengundi putih dalam jagaan masing-masing dengan pelbagai cara termasuk taktik berkunjung dari rumah ke rumah," katanya ketika bertemu jentera Wanita UMNO pada program Ziarah Sayang DUN Kuala Sentul di Felda Dahlia, Jengka 3, di sini hari ini.
Pertemuan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Sentul itu turut disertai calon bagi kerusi berkenaan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang juga penyandang kerusi DUN tersebut.
Shahrizat berkata dengan kekuatan ratusan ribu jentera daripada keseluruhan 1.4 juta anggota, Wanita UMNO sememangnya menjadi pemegang kunci kejayaan BN yang amat dicemburui pembangkang.
"Pembangkang tahu setiap jentera kita menjaga beberapa pengundi putih yang turut diperlukan mereka jika mahu menang dan lawan juga tahu kita tidak akan lepaskan kunci yang kini dipegang erat dengan mudah," katanya.
Shahrizat turut memuji jentera Wanita yang tidak terikut-ikut cara pembangkang berkempen menggunakan fitnah dan memutar belit kebenaran bagi meraih simpati pengundi.
Dalam pada itu, beliau yakin Shahaniza yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran mampu mengekalkan kemenangan dengan pertambahan majoriti berdasarkan sokongan yang ditunjukkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri tersebut.
Sementara itu, Shahaniza yang dicabar calon PAS dan PKR yakin dapat memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih 5,000 berbanding 3,293 undi pada PRU13.
Dalam kunjungannya ke Parlimen Maran itu, Shahrizat turut meluangkan masa menziarahi calon BN bagi DUN Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi yang baru melahirkan anak 31 hari yang lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 01 2018
Tudung merah (Wanita UMNO) ini amat digeruni lawan dan mereka tahu kita memegang pengundi putih yang boleh menentukan kemenangan luar biasa BN. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.