Sebarang usaha daripada mana-mana pihak dengan menjadi 'tukang cucuk' kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak tidak akan berjaya, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata BN di negeri itu mengambil pendekatan untuk berbincang bersama semua parti komponen dalam sebarang perkara berbangkit termasuk berkaitan pengagihan jawatan Ahli Majlis di peringkat daerah.
"Jangan ada mana-mana pihak yang suka-suka nak cucuk. Cara kita mudah, duduk bincang apa juga perkara dan kadang kala kita buat secara tertutup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Parti Barisan India Se-Malaysia (IPF) di sini, hari ini.
Selain itu, Zambry berkata BN negeri Perak telah membuat segala persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.
Katanya beberapa parti komponen dan 'Friends of BN' sedang giat mengadakan mesyuarat serta persiapan jentera untuk PRU tersebut demi memastikan BN kekal berkuasa di Perak.
"Seperti kita lihat hari ini, IPF sudah mula mengadakan mesyuarat perwakilan mereka dan walaupun mereka menjadi rakan kita namun, kesetiaan kepada BN tidak pernah luntur.
"Inilah sumber kekuatan kita di mana semua parti komponen dan penyokong bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan negeri ini akan terus berada dalam genggaman kita", katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Presiden IPF, Datuk M. Sambanthan berkata walaupun belum mendapat restu untuk bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atas tiket BN, namun parti itu tetap memberi sokongan kepada BN.
"Dapat atau tidak dapat (bertanding) kita tetap akan memberi sokongan. Walaupun ada tawaran dari pembangkang kita tetap bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2017
ZAMBRY: Ambil pendekatan berbincang.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.