Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah melepaskan jawatanya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, lapor The Malaysian Insider.

Dr Mahathir dilaporkan membuat pendedahan tersebut dalam program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak petang ini.

"Dia datang bertemu saya. Dia beritahu dia tidak mahu meneruskan lagi, sekarang tugas beliau disandang oleh timbalannya," kata Dr Mahathir.

Dewan Rakyat akan bersidang untuk sesi kedua tahun ini pada Isnin.

Dr Mahathir tidak mendedahkan kenapa Pandikar mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau mengumumkan pekara berkenaan selepas ditanya adakah kemungkinan untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi undi tidak percaya di Parlimen.

Dr Mahathir berkata perkara tersebut sukar kerana UMNO tidak mempunyai bilangan kerusi yang cukup dan memerlukan sokongan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain.