Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan untuk menghentikan serangan serta kritikan terbuka secara langsung terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali atau keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak sebagai satu perkara yang tidak wajar dan tidak berpatutan.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Dr Rahim Thamby Chik berkata, sebagai pegawai tertinggi dalam bidang perundangan negara, tugas dan tanggungjawab Peguam Negara adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang tanpa memilih 'bulu' dan tidak gentar dengan sebarang keputusan yang dibuat.
"Di dalam konteks ini serangan peribadi dan kritikan terbuka Tun Mahathir terhadap Mohamed Apandi adalah tidak wajar dan tidak berpatutan memandangkan hujah-hujah yang digunakan Tun Mahathir masih samar selain tidak disokong bukti yang kukuh lagi konkrit.
"Mungkin Tun Mahathir menggunakan persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap kerajaan atau petikan dari sumber media dari dalam dan luar negara yang sememangnya anti-kerajaan dan bencikan Malaysia.
"Sebenarnya sumber seperti ini belum boleh dianggap sebagai bukti yang kukuh dan konkrit serta tidak sesuai dijadikan landasan untuk membuat tomahan secara spesifik, terbuka dan peribadi kepada seseorang penjawat awam seperti Peguam Negara," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc, 3 Februari lalu, mendakwa Mohamad Apandi tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.
Kandungan blog
Kenyataan Mahathir itu mendapat reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata, pihaknya akan memulakan siasatan berhubung kandungan blog itu yang dilaporkan mempunyai unsur fitnah.
Dalam pada itu tegas Rahim, keputusan Mohamed Apandi adalah berlandaskan penyiasatan rapi dan teliti serta komprehensif yang disempurnakan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri.
"Misalnya dalam isu derma RM2.6 bilion kepada Najib, tentunya keputusan Peguam Negara membebaskan Najib dari tomahan ini (melakukan amalan jenayah) telah dibuat berlandaskan penyiasatan rapi dan teliti oleh SPRM.
"Sebagai Peguam Negara pastilah dia lebih tahu dan insaf apa yang diputuskan sebagai amanah Allah dan negara kepadanya.
"Memandangkan situasi dan fakta itu, eloklah Tun Mahathir dengan segera menghentikan serangan-serangan peribadi dan kritikan terbukanya memandangkan rakyat akan melihatnya lebih kepada usahanya mempertahan dan menyelamatkan kepentingan peribadi serta keluarga lebih dari melindungi kepentingan nasional," jelasnya.
Mohamed Apandi sebelum ini turut memaklumkan, di bawah Akta SPRM 2009, tiada bukti yang menunjukkan Najib menyalahgunakan kedudukannya dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan atau KWAP.
Wan Syamsul Amly
Wed Feb 17 2016
RAHIM: ujah-hujah yang digunakan Tun Mahathir masih samar selain tidak disokong bukti yang kukuh lagi konkrit.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi
Menurut hakim, keputusan mahkamah akan disampaikan secara fizikal di mahkamah terbuka pada 10 Okt ini.
1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.
Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
Hakim tarik diri dengar rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang
Hakim Hanipah Farikullah menarik diri daripada mendengar rayuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta terhadap Lim Kit Siang.
Rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang didengar 8 Ogos
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Ogos untuk mendengar rayuanTan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkan beliau terhadap Lim Kit Siang.
Terma penyelesaian kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun Mahathir, Kerajaan dikelaskan OSA
Terma-terma penyelesaian berhubung kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kerajaan dikelaskan sebagai OSA.
Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M
Bekas Perdana mMenteri itu berkata, pelantikan Apandi sebagai pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance juga mempunyai konflik kepentingan.
Laporan akhir kes kedaulatan Batu Puteh dijangka dibentang ke Kabinet September ini - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, laporan setebal 500 muka surat itu telah diterimanya daripada Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.