Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiada hak untuk mencampuri urusan UMNO kerana beliau sudah mengisytiharkan keluar daripada parti itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menurutnya Dr Mahathir mengungkit semula cerita lama, mengulang perkara yang sudah pun dijawab dengan jelas dan mengkritik parti dengan pelbagai tohmahan, sedangkan beliau sudah meninggalkan perjuangan itu.
"Pendirian Dr Mahathir nampak semakin kontradiksi. Surat terbuka yang ditulisnya jelas menunjukkan niat untuk hancurkan UMNO. Tulisannya penuh dengan dendam pada (perdana menteri) Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak," kata Salleh dalam catatan di blognya, sskeruak.blogspot.com hari ini.
Menteri itu berkata jika niat Dr Mahathir ikhlas untuk mempertahankan UMNO, beliau sepatutnya tidak bersubahat dengan kumpulan yang menjadi musuh politik UMNO selama ini.
Salleh berkata: "Berpakat dengan musuh-musuh ini untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, jelas bukan untuk menyelamatkan Malaysia, tapi menghancurkannya.
"Tun Dr Mahathir dan kumpulannya cuba mencari jalan singkat menjatuhkan kerajaan. Mereka tidak mengikut saluran demokrasi, yang menjadi amalan di Malaysia sejak merdeka dan tidak sabar menunggu proses pilihan raya," katanya.
Menerusi penulisannya itu, Salleh berkata Dr Mahathir mempunyai cita-cita dan agenda politik yang tinggi.
"Dia cuba menunjukkan bahawa dia lebih baik daripada Najib, malah menyamakan kebaikan dirinya dengan beberapa perdana menteri sebelum ini, walhal sikapnya tidak menggambarkan keperibadian sebenar.
"Buktinya, Dr Mahathir tidak mahu mendengar dan tidak mahu menerima apa juga jawapan atau penjelasan yang tidak memenuhi kehendaknya," kata beliau.
Pada 29 Feb lepas, Dr Mahathir mengumumkan keluar daripada UMNO selepas dilaporkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan ketika ini.
Bernama
Sun Mar 20 2016
Menurut Salleh, Dr Mahathir mengungkit semula cerita lama, mengulang perkara yang sudah pun dijawab dengan jelas dan mengkritik parti dengan pelbagai tohmahan. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Industri penerbangan Malaysia berisiko - Maybank IB
Syarikat penerbangan seperti Capital A dan AirAsia X, juga mungkin melihat pendapatan dan harga saham mereka dikurangkan kerana mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga bahan api jet.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA
SPA menyatakan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan bukannya mengikut kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.
Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu dimana dakwanya dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj
Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR
Tun Dr Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit sewaktu mengundi PRU15.
PRU15: Dr Mahathir akui GTA kurang dapat sambutan di beberapa kawasan
Dr Mahathir mengakui GTA kurang mendapat sambutan di beberapa kawasan yang ditandingi pada PRU15 kerana ramai pengundi masih kurang jelas dengan gabungan itu.
GTA nyata pendirian tarikh bubar Parlimen selepas dipersembahkan kepada Agong
GTA akan menyatakan pendiriannya mengenai cadangan tarikh pembubaran Parlimen selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ratu Elizabeth II contoh raja berperlembagaan yang baik - Dr Mahathir
Ratu Elizabeth II adalah contoh seorang raja berperlembagaan yang baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.