Umno membenarkan media membuat liputan Perhimpunan Agung parti itu termasuk perbahasan perwakilan tanpa sebarang sekatan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan, berkata media boleh melaporkan secara terbuka, sama seperti tahun- tahun sebelum ini.

Walaupun pada Rabu dilaporkan perhimpunan akan diadakan secara tertutup, keputusan itu dibuat setelah maklum balas para perwakilan negeri yang mahukan liputan dibuat secara langsung bagi perhimpunan kali ini.

Perhimpunan Agung UMNO akan bermula 8 Disember ini dan berlangsung selama lima hari.