Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan parti itu mengikut prosedur dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi menangguhkan pemilihan parti.
Beliau berkata ia selaras dengan kelulusan daripada ROS dengan merujuk kepada Seksyen 13 A (4) Akta Pertubuhan 1966, bahawa Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat.
Menjawab dakwaan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahawa ROS bersifat pilih kasih dalam isu tersebut, beliau berkata kelulusan penangguhan pemilihan parti sehingga 18 bulan itu adalah berdasarkan kepada struktur dan syarat-syarat yang dikehendaki selepas mengadakan mesyuarat parti dari peringkat cawangan hingga ke majlis tertinggi.
"Masalahnya PPBM ini sebenarnya mereka mesyuarat cawangan pun tiada. Kita mempunyai struktur dan ikut apa yang dikehendaki oleh ROS... jadi jangan salahkan ROS bila parti mereka susah mendapat kelulusan pendaftaran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Wilayah Persekutuan di sini, pada Khamis.
Menurut laporan media, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa keputusan ROS meluluskan penangguhan pemilihan parti UMNO jelas bercanggah dengan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO.
Bekas timbalan presiden UMNO itu berkata, ketika PPBM berdepan isu sama, ROS menolak sebarang penangguhan dibuat sebaliknya mendesak supaya segera dilaksanakan sekiranya mahu lulus berdaftar sebagai sebuah parti.
Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa Pemilihan UMNO yang diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.
"Penangguhan tersebut adalah bagi memastikan kesempurnaan perjalanan parti selaras Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO dengan proses pemilihan dalam UMNO berjalan lancar dan juga mengambil kira faktor keadaan semasa politik parti," katanya.
Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut menyampaikan sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berjumlah RM70,000 kepada 3,500 golongan kurang bernasib baik pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu.
Seramai 250 orang komuniti Cina di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam yang kurang berkemampuan turut menerima wang sumbangan sejumlah RM27,500 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada majlis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 01 2018
Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa Pemilihan UMNO yang diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019. - Gambar fail
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
ROS batal pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia
Menurut Noorzaleha, pembatalan itu dibuat selepas MTC didapati dengan sengaja melakukan kesalahan bertentangan Akta Pertubuhan 1966.
AGC bantah permohonan semakan kehakiman Zuraida untuk diisytihar Presiden PBM
Peguam Persekutuan M. Kogilambigai dalam hujahnya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pertikaian dalam PBM adalah perkara dalaman untuk diselesaikan pihak terlibat.
Usul tambahan PAU2022, Ahli MKT pula akan dipanggil RoS - Aizat Fikri
Aizat Fikri telah dipanggil RoS untuk memberi keterangan lanjut berkenaan laporannya terhadap pelanggaran perlembagaan parti semasa PAU202.
PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.
Amanah tangguh pemilihan parti 18 bulan - Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara (Amanah) menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya perlu dibuat hujung tahun ini selama 18 bulan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Mohd Hatta Ramli.
Annuar harap RoS lulus permohonan pindaan perlembagaan UMNO
Annuar berkata RoS sudah mengambil masa cukup lama iaitu dua bulan untuk membuat keputusan berhubung permohonan UMNO berkenaan.
Pindaan perlembagaan: UMNO belum peroleh keputusan RoS - Ahmad Maslan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) belum memberi keputusan terhadap permohonan pindaan Perlembagaan UMNO, menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
UMNO harap tiada halangan ROS lulus pindaan
UMNO berharap tiada sebarang halangan bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk meluluskan permohonan pindaan perlembagaannya, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.
MUDA dibenar cabar tindakan menteri, RoS berhubung pendaftaran parti
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.