KUALA LUMPUR :UMNO dan Pas telah bersetuju untuk mendaftarkan gabungan Muafakat Nasional melibatkan dua parti itu secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung kedua-dua parti tersebut, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan media bersama pada Selasa.

“Kepimpinan Muafakat Nasional telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi PRU15 yang akan datang,” kata kedua-dua mereka.

Pengumuman itu dibuat hari ini meskipun mesyuarat jawatankuasa perunding Muafakat Nasional pada malam tadi dibatalkan ekoran situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB, di Lembah Klang.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan ringkas itu, kedua-dua mereka enggan mengulas lanjut berkaitan langkah itu.

BACA: Mesyuarat Muafakat Nasional, apa yang boleh dijangkakan?