Walaupun pahit untuk ditelan, namun UMNO perlu bangkit semula dari keruntuhan yang dihadapi pada PRU14.
Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu telah berusia 72 tahun dan melalui pelbagai krisis dan cabaran sehingga menjadi sebuah parti yang mantap dan matang.
“UMNO perlu berubah, kalau tidak berubah kita akan terus hanyut. Rakyat telah pun berikan satu ‘signal’ yang besar kepada UMNO pada PRU14.
“Sama ada perubahan di pucuk pimpinan parti atau sebaliknya, kerana Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Razak) telah pun meletakkan jawatan. Terpulanglah kepada semua ahli UMNO untuk buat pemilihan siapa yang mereka rasa layak untuk menerajui UMNO selepas ini.
BACA: Najib Razak letak jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BN
“Tapi kita perlu satu tenaga baharu dalam parti supaya jadi sebagai sebuah parti baharu sebagai pembangkang. Kita dah runtuh, tapi perlu bangkit. Kita susun semula batu-bata ini, supaya ia dapat jadi dinding dan tembok yang kuat, lebih perkasa untuk pastikan jika berlaku tsunami, kita mampu menolaknya,” katanya pada sidang media pertama diadakan selepas BN tewas pada PRU14 di sini, pada Ahad.
Menurutnya, formula yang diamalkan oleh UMNO sebelum ini termasuk kerjasama dan pembahagian kerusi dengan parti komponen BN perlu dikaji semula bagi memastikan semua pihak benar-benar bekerja dan bukannya hanya bertanding disebabkan mendapat kuota.
Malah beliau juga bersungguh untuk membina semula UMNO di Negeri Sembilan dan mengingatkan kepada semua ahli parti supaya tidak terus kecewa.
“Mesyuarat cawangan yang akan diadakan pada 19 Mei hingga 10 Jun ini dijadikan sebagai satu isyarat untuk kita bangun semula. Tapi, mesyuarat kali ini mungkin berbeza berbanding dulu.
“Selama ini kita khayal dan dilamun oleh kekayaan...semua minta dapat. Jadi sekarang, kita nak lihat orang yang memang kental hati dan ada semangat juang untuk bina semula parti,” katanya.
Mengenai kekalahan besar parti itu, Mohamad yang juga bekas Menteri Besar, mengakui faktor kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin utama Pakatan Harapan (Harapan) telah membawa pengaruh besar sehingga berjaya menarik ramai penyokong.
Katanya, masalah dalaman dihadapi oleh BN serta dasar yang tidak popular ditambah dengan peningkatan kos sara hidup juga turut memberi kesan negatif.
“Itu semua perlu diambil kira oleh parti dan pemimpin yang menerajui UMNO-BN, supaya kita tidak lagi leka dan tidak ambil peduli pandangan rakyat.
“Tapi, kita akan bangkit semula sebagai sebuah parti yang baru yang boleh penuhi cita rasa rakyat terutama golongan muda yang banyak menentang kerajaan (BN) selama ini.
Ditanya mengenai sentimen rakyat terhadap Datuk Seri Najib, Mohamad yang enggan memberi komen panjang memberitahu perkara itu jelas melalui keputusan PRU14.
Dalam pada itu beliau ditanya mengenai ramai penyokong parti itu yang berharap jawatan Presiden UMNO diberi kepadanya, Mohamad berkata, dia tidak boleh menonjolkan diri tetapi terpulang kepada ahli parti yang membuat pemilihan.
“Saya sayangkan UMNO dan nak lihat Umno bangkit semula dari keruntuhan ini. Lima tahun itu tak lama, pejam celik dah kita akan hadapi pilihan raya semula.
“Jadi, bagi saya berehat bulan Ramadan dan Syawal ini, sekurangnya ini masa untuk saya bersama keluarga dan kemudian saya akan ‘comeback’,” katanya.
Sinar Harian
Mon May 14 2018
TOK MAT: UMNO perlu berubah, kalau tidak berubah kita akan terus hanyut. - Foto BERNAMA
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Dr Sahruddin kini Pengerusi BPN Bersatu Johor yang baharu
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal kini adalah Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor.
Mahkamah Persekutuan arah kes saman RM13.5 bilion Puncak Niaga terhadap Khalid Ibrahim dibicarakan
Mahkamah Persekutuan memerintahkan saman yang difailkan Puncak Niaga terhadap Abdul Khalid berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri, dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
MAHB lantik Zambry sebagai pengerusi baharu
Menurut satu kenyataan rasmi pada laman web MAHB, Dr Zambry akan menggantikan Tan Sri Datuk Zainun Ali yang meletakkan jawatannya pada Selasa.
Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.
'Peluklah Isa Samad, tapi undilah Anwar' - Nurul Izzah
Senyum dan peluk Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, tetapi beri undi kepada calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
'Saya tidak kisah jadi pembangkang'- Isa Samad
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata beliau tidak kisah sekiranya bergelar ahli Parlimen pembangkang sekiranya menang PRK Port Dickson.
Isa Samad umum tanding calon bebas PRK Port Dickson
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad malam ini mengesahkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.