UMNO pusat perlu memberi lebih kepercayaan kepada kepimpinan parti itu di Sabah, ujar Ketua UMNO Silam, Datuk Nasrun Mansur.

Ujarnya, usaha itu penting dalam usaha menambah bilangan kerusi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Pucuk kepimpinan memberi kepercayaan penuh kepada pucuk pimpinan Sabah. Ini termasuk yang pertama sebenarnya memberi kepercayaan pada Ketua Perhubungan UMNO Sabah," katanya semasa ditemui Astro AWANI semasa Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ahli Parlimen Silam itu berkata, UMNO Sabah sentiasa komited untuk berkerja untuk parti dan memastikan kesepaduan setiap ahlinya.

"Biar pucuk pimpinan memberi kepercayaan penuh pada Ketua Perhubungan UMNO Sabah sebab beliau seorang pemimpin yang mencurah tenaga dan masa untuk UMNO Sabah bersatu," ujarnya.

Sebelum ini, Sabah merupakan negeri paling ramai keahlian UMNO iaitu 54,770 orang.

Daripada jumlah itu, bahagian Silam merupakan pemegang rekod paling ramai ahli UMNO iaitu seramai 50,343 orang.