Parti keramat UMNO akan meneruskan gerak kerja yang telus dan ikhlas, dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai parti mana yang boleh membela nasib mereka, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, barisan kepimpinan dan ahli UMNO tidak akan melayan sebarang tohmahan yang mendakwa UMNO akan melakukan penipuan demi memenangi PRU.
"Kita dalam UMNO, akan meneruskan gerak kerja yang telus, ikhlas, malah kita yakin dan percaya rakyat di luar bandar dan bandar sudah cerdik serta boleh menilai kerajaan dan parti mana yang boleh membela dan memberi manfaat kepada mereka.
"Tohmahan sebegitu tidak perlu dilayan, belum PRU sudah menuduh Presiden UMNO mahu menipu.
"Bagi saya kalau orang bersangka tidak baik sebenarnya mereka yang ada niat tidak baik, dan kita dalam UMNO sentiasa bersangka baik," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerai di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini, pada Sabtu.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jerai yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Abdul Azeez diminta mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan sebuah portal, bahawa Pakatan Harapan berupaya memenangi PRU akan datang namun mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan penipuan bagi mengekalkan kuasanya.
Abdul Azeez berkata, dengan dunia yang semakin canggih, rakyat tidak akan mudah tertipu.
"Cukup-cukuplah dengan cara politik, polimik dan pemikiran lama, 'that is old school', hari ini duduk di rumah pun boleh tahu berapa undi menang, peti undi mana menang, tak mungkin boleh tipu," katanya.
Pada majlis sama, Abdul Azeez yang juga Pengerusi Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO, berkata, beliau meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bahawa Parlimen Jerai berupaya memperoleh majoriti 8,000 undi dalam PRU ke-14.
"Kita letak KPI untuk menang di tiga Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Jerai, saya yakin dengan muafakat sayap-sayap dibantu ketua UMNO bahagian, kita dapat capai majoriti 8,000 dan kita akan usaha ke arah itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 23 2017
ABDUL AZEEZ: Kalau orang bersangka tidak baik sebenarnya mereka yang ada niat tidak baik.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.