UMNO tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH).

Itu jaminan yang diberi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai kemungkinan parti itu mengambil keputusan untuk bersama parti pemerintah.

"UMNO tidak akan sertai Pakatan. Kita tidak tahu sama ada parti itu sah atau tidak," kata Tun Mahathir.

Persoalan parti itu sah atau tidak merujuk kepada cabaran sekumpulan individu mengenai kedudukan UMNO sebagai pertubuhan yang sah.

Ini kerana jika dirujuk pada perlembagaan parti UMNO sudah menjadi tidak sah pada 19 April tahun ini susulan penangguhan pemilihan parti yang sudah berlarutan lebih 18 bulan.

Pemilihan UMNO yang terakhir adalah pada 19 Oktober 2013.