UMNO perlu tidak bimbang dengan orang yang telah keluar parti kerana mereka ialah individu kecewa dan tidak mampu mentadbir negara, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Jelasnya, UMNO ialah sebuah parti rasional dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.
"Jadi ramai yang cemburu dengan apa yang UMNO laksanakan. Saya tidak bimbang kerana orang yang keluar UMNO ini ialah orang kecewa.
"Takkan kita boleh percaya dengan orang kecewa? Kecewa tidak boleh mentadbir negara," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program 'Jom Bantu Rakyat Sihat dan Ceria' di Kelab Tasik Putrajaya.
Tambahnya, sikap kecewa hanya akan memakan diri dan menyebabkan mereka bertindak secara tidak rasional.
"Kita rapat dan merasai denyut nadi rakyat dan kita bukan orang kecewa. Kecewa ini kadang kala akan banyak menghantui mereka hingga kadang kala apa yang mereka lakukan menjadi tidak rasional," kata Tengku Adnan.
Kata beliau lagi, cara UMNO adalah berbeza dengan pembangkang yang hanya dilihat pandai menabur fitnah terhadap kerajaan.
"Kita parti yang rasional dan merupakan pemimpin yang 'walk the talk' dan kita 'bukan walk-walk, fitnah dan membohong'. Semua cerita pembangkang bohong," kata Tengku Adnan.
Selain itu, katanya, UMNO akan sentiasa melakukan perubahan mengikut arus perkembangan zaman walaupun parti itu sudah mencecah usia 71 tahun.
"UMNO dulu, kini dan selamanya. Kita buat ikut masa yang perlu. Kita buat pelbagai perubahan. Kita tengok presiden kita sanggup mendengar, membuat perubahan, pembaikan.
"Itu yang membuat ramai yang cemburu atas apa yang kita lakukan kerana kesilapan yang kita lakukan dalam kerajaan dulu, kita sudah perbetulkan. Itu yang kita lakukan kerana kita mahu rakyat mendapat keselesaan dan lestari dalam kehidupan," ujarnya lagi.
Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 akan disambut 11 Mei ini di Stadium Bukit Jalil di ibu negara.
Rahimah Abdullah
Wed May 10 2017
TENGKU ADNAN: Takkan kita boleh percaya dengan orang kecewa? Kecewa tidak boleh mentadbir negara. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Saya tak tahu punca ramai tinggalkan parti - Amir Hariri
Amir Hariri berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahli meninggalkan parti sekiranya mereka mempunyai prinsip dan perjuangan berbeza.
Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkaitan masalah dalaman parti.
PRN Pulau Pinang: Bekas ADUN DAP pula umum keluar parti, bertanding Bebas
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees mengumumkan keluar DAP seterusnya bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini.
Warisan tetap heret 11 ADUN keluar parti ke mahkamah
Parti Warisan tetap akan mengambil tindakan mengheret 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti itu ke mahkamah.
Dianggap sebagai 'ancaman', Sivaraj umum keluar MIC serta-merta
Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran hari ini mengumumkan keluar dari parti MIC berkuat kuasa serta-merta.
ADUN Limbahau keluar KDM, sokong kerajaan negeri Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu mengesahkan hasratnya sudah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam majlis rumah terbuka di Papar pada Sabtu
Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.
'Kami keluar lebih awal kerana tahu kemungkinan dipecat atau digantung' - ADUN Sindumin
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri bersedia dengan sebarang tindakan yang diambil ke atas kesemua mereka yang bertindak keluar parti.
Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli
Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar parti bersama beberapa ahli lain pada Jumaat.