Program Bicara Eksklusif yang bakal menampilkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dijadualkan berlangsung pada Selasa 19 November ditangguhkan.

Setiausaha Politik Abdul Hadi, Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook ahli parlimen Marang itu.

"Pihak kami telah dimaklumkan, program syarahan akademik yang dijadualkan akan disampaikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di UPM esok, Selasa 19 November, telah ditangguhkan.

"Perkara tersebut dimaklumkan melalui suatu surat daripada pihak HEP UPM bertarikh hari ini, atas sebab yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Pihak HEP UPM memaklumkan pembatalan slot itu dibuat atas sebab yang tak dapat dielakkan dan slot itu akan diganti dengan sesi Wacana Intelek yang akan diadakan kelak. - Gambar FB Presiden Pas

Syahir memuat naik surat dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM yang meminta Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) selaku penganjur Karnival Inspirasi Putra untuk menangguhkan program bertajuk Slot Bicara Eksklusif bersama Abdul Hadi.

Menerusi surat itu, pihak HEP UPM memaklumkan pembatalan slot itu dibuat atas sebab yang tak dapat dielakkan dan slot itu akan diganti dengan sesi Wacana Intelek yang akan diadakan kelak.