Parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengharapkan 'status quo' dalam agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata perkara itu antara amanat yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN dalam Pemukiman Jentera BN PRU ke-14 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.
Noh berkata Najib mahu parti komponen bersikap bertoleransi dalam soal kuota kerusi yang ditandingi dan memberi fokus kepada matlamat untuk memastikan kemenangan dua pertiga BN pada pilihan raya umum itu.
"Parti komponen BN mesti ada toleransi, jangan bertanding untuk mewakili kaum tapi mesti ada semangat BN iaitu mewakili semua kaum di Malaysia.
"BN harus menghentikan amalan 'status quo' yang telah diamalkan pada PRU lepas dan kini sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan," katanya ketika diminta mengulas mengenai pertemuan itu yang diadakan secara tertutup.
Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi pula berkata perkara lain yang turut dibangkitkan perdana menteri ialah sasaran untuk memastikan BN menang dengan majoriti dua pertiga pada PRU14.
"Perdana menteri berkata kemenangan dua pertiga sangat penting kepada BN dan itu merupakan sasaran ditetapkan kepada semua parti komponen BN," katanya.
Dalam pada itu, Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas berkata persediaan BN dalam menghadapi PRU ke-14 itu lebih sistematik dan mantap malah MyPPP telah membuat persediaan lebih baik berbanding PRU lepas.
"Saya melihat BN kali ini lebih bersedia. Jentera PRU MyPPP kini membuat persediaan lebih tersusun dan terancang dengan bantuan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus). Penubuhan JR Plus banyak memberi kesan positif di peringkat akar umbi," kata Kayveas.
JR Plus yang diwujudkan tahun ini berperanan sebagai perantara kerajaan dengan rakyat, dan ia menggabungkan jentera pilihan raya sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri selain turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing.
Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata pelbagai persediaan PRU telah dibuat dengan lancar sejak pemukiman diadakan di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU) di Janda Baik, Pahang beberapa bulan lepas.
"Persediaan untuk menghadapi PRU telah pun siap, cuma menunggu arahan daripada pucuk pimpinan BN untuk menggerakkan jentera PRU semua parti komponen BN. Persediaan PRU14 ini berbeza berbanding dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2017
Noh berkata Najib mahu parti komponen bersikap bertoleransi dalam soal kuota kerusi. - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.