Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengingatkan anggota pergerakan itu supaya tidak mempersoalkan tetapi sebaliknya menghormati calon dipilih pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Beliau berkata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sudah ada kaedah dan metadologi untuk memilih calon sesuai dan tidak mahu adanya lagi berlaku kes 'cah keting' bagi mana-mana calon.
"Sama ada orang baharu, lama, berpengalaman, berpelajaran atau tidak sekalipun biarlah pucuk pimpinan UMNO yang tentukan.
"Tiada makna bagi Puteri jika kalah dalam pilihan raya kerana mereka sudah tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, di sini, Jumaat.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk jailani Johari merangkap Ketua Bahagian Hulu Terengganu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu Rozita Ismail, Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu merangkap Ketua Wanita UMNO Terengganu, Datuk Fatimah Hamat.
Mas Ermieyati turut mengingatkan anggota pergerakan itu agar menyelesaikan masalah dalaman parti sekiranya ada sebelum PRU14 diadakan.
"Yang penting di Parlimen Hulu Terengganu ini, kita ingin tawan kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di mana kali terakhir kita menang adalah pada tahun 1996... sudah hampir 21 tahun dan sekaligus mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2017
Mas Ermieyati turut mengingatkan anggota pergerakan itu agar menyelesaikan masalah dalaman parti sekiranya ada sebelum PRU14 diadakan. -Gambar fail
Tumpuan Jumaat - 29 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
AsiaCyberX, program perintis keselamatan siber dilancarkan
Sedar tentang risiko serangan siber yang semakin menular, satu program dilancarkan hari ini bagi melahirkan pakar keselamatan siber untuk industri ekonomi digital.
Mana-mana pihak berkelayakan boleh mohon lesen perkhidmatan internet
Semua pemegang lesen tertakluk kepada peruntukan dan syarat pelesenan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Perlesenan 2000 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).
Jangan dedah data peribadi di media sosial - Jailani
Memuat naik salinan kad pengenalan mangsa bencana atau kemalangan mendedahkan pemiliknya kepada risiko penipuan.
Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari
Wakil pembangkang juga sudah diberi peluang untuk muncul di televisyen sama ada milik kerajaan atau swasta.
'Takkan hanya guna telefon sendiri untuk 'block' panggilan?'
Penggunaan telefon sendiri bagi menghalang panggilan-panggilan dan mesej-mesej yang tidak diingini (unsolicited calls and messages) bukan kaedah terbaik bagi melindungi data peribadi.
Pengitaran semula kad SIM membahayakan pengguna - Jailani
Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini sedang menjalankan kajian untuk mengekang kegiatan ini.
Pengguna jangan mudah dimanipulasi iklan murah di laman sosial - Jailani
Pengguna di negara ini diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan iklan jualan murah yang dipamerkan di laman sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan siber.
Jangan rujuk 'pakar FB' bagi masalah peribadi, rumahtangga
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata tindakan menggunakan medium seperti itu hanya membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan.