Video intim: Anwar terima baik kenyataan polis mengenai Azmin

Video intim: Anwar terima baik kenyataan polis mengenai Azmin
Anwar turut mengulangi prinsip bahawa PKR menolak dengan sekeras-kerasnya 'politik jijik'. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: PKR hari ini menerima baik kenyataan polis yang mengatakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam penyebaran video intim.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata parti itu tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahlinya yang didapati bersalah menyebarkan video tersebut.

"KEADILAN menerima baik kenyataan bahawa Timbalan Presiden KEADILAN, YB DS Mohamed Azmin Ali, tidak terlibat dalam satu video yang disebar baru-baru ini.

"Berkenaan dakwaan terdapat ahli atau pemimpin parti politik yang terlibat dalam tindakan sebaran video tersebut, parti KEADILAN tidak bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas mengikut perlembagaan parti jika terdapat penglibatan mana-mana anggota KEADILAN yang disabitkan kesalahan berlandaskan undang-undang," katanya.
BACA: Nasihat Anwar pada Azmin, ambil cuti jika video intim sahih

BACA: Video intim: Azmin minta Anwar muhasabah, cermin diri sendiri

BACA: Anwar jawab Azmin: "Saya ada tengok cermin pagi tadi"

Selain itu, Anwar turut mengulangi prinsip bahawa parti itu menolak dengan sekeras-kerasnya 'politik jijik'.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan Mohamed Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR, tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam penyebaran video intim.

Menurut beliau, ini berdasarkan proses pengecaman wajah yang telah dijalankan oleh Cyber Security Malaysia mendapati ia adalah negatif.

Anwar sebelum itu turut menyambut baik pandangan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen parti itu yang memberi sokongan kepada Mohamed Azmin.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, sokongan yang diberikan 28 pemimpin kanan parti itu adalah sebagai usaha untuk mengelakkan perpecahan parti.



Tag: penyebaran video intim, Cyber Security Malaysia, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, KEADILAN, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, video intim, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, Ahli Parlimen Port Dickson


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.