Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta naib presiden parti itu Dr Shaharuddin Badaruddin mengunjungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sabtu malam.

Gambar pertemuan itu dikongsikan Abdul Hadi menerusi laman Facebook rasminya.

"Menerima kunjungan ziarah oleh pimpinan PKR pada malam ini di Kuala Lumpur," tulis Abdul Hadi di laman Facebooknya itu.


Namun tidak dinyatakan apakah tujuan pertemuan itu diadakan dan hasil pertemuan tersebut.

Kunjungan tiga pemimpin PKR ini menimbulkan spekulasi parti itu masih mahu mengadakan kerjasama dengan Pas.