Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen hari ini menyuarakan kesediaan beliau untuk mengosongkan kerusi Parlimen itu bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Leong berkata, meskipun ahli parlimen yang mengosongkan kerusi sebelum habis tempoh akan dikenakan penalti tidak boleh bertanding di dalam mana-mana pilihanraya selama lima tahun.

Anwar diisytiharkan sebagai Presiden PKR apabila beliau menang tanpa bertanding Ahad lalu, menggantikan isterinya, Wan Azizah yang tidak mempertahankan jawatan itu di dalam pemilihan kali ini.

Bagaimanapun, Leong berkata beliau percaya bahawa sekiranya Anwar memintanya untuk memeberikan laluan, kesemua 50 orang ahli parlimen PKR akan berbuat demikian demi kepentingan negara.

"Saya tidak tahu dai mana asalnya khabar angin ini, dan ianya bukan dari saya sendiri. Namun, sekiranya saya diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbuat demikian, saya akan dengan rela akur dan mengundurkan diri.

BACA: Anwar akan tanding kerusi Parlimen - Wan Azizah

"Tidak ada antara ahli parlimen PKR akan berkata tidak kepada Presiden dan pilihan beliau akan kerusi parlimen bukannya kerana bangsa saya. Tidak ada kerusi Cina, Melayu dan India di dalam Pakatan Harapan.

"Kami melihat kepada gambaran yang lebih besar dan beliau adalah bakal Perdana Menteri dan beliau seorang personaliti yang lebih penting daripada saya. Demi masa hadapan negara, adalah lebih baik sekiranya beliau bertanding dan menang," kata Leong.

Menurutnya lagi, para pengundi Selayang sudah tentu akan gembira mendapat seorang bakal PM sebagai ahli parlimen mereka.

"Parti sama, logo sama dan saya masih akan berkhidmat untuk mereka. Cuma personaliti ahli Parlimen adalah lebih besar.

"Kami semua berkhidmat demi negara, dan sekiranya saya mengosongkan kerusi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ianya adalah untuk kebaikan masa depan negara, tetapi pada masa ini saya tidak mengosongkan kerusi parlimen," tegasnya.

Leong berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Pada piliharaya kecil (PRK) Sungai Kandis yang lalu, Anwar berkata bahawa sebuah kerusi Parlimen akan dikosongkan bagi memberikan beliau ruang untuk bertanding.

Anwar yang dikatakan bakal menggantikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memenangi kerusi Parlimen sebelum dapat dilantik sebelum dapat memegang tampuk kerajaan.