KECOH di media sosial apabila beberapa gambar Khairy Jamaluddin (KJ), Nurul Izzah Anwar serta Rafizi Ramli tular di media sosial.

Pelbagai spekulasi timbul menjadi bualan bukan sahaja dalam kalangan netizen, malah kalangan pemimpin politik.

Meredakan spekulasi itu, Rafizi memuat naik status di Twitter miliknya menafikan mereka bertiga bercadang untuk melompat mahupun menubuhkan parti baharu.


Kenyataan itu sekali gus menafikan laporan sebuah portal berita yang melaporkan bahawa wujud kemungkinan untuk mereka bertiga menggerakkan satu wadah politik baharu berteraskan orang muda.