DUA puluh tiga buah negara kini sudah menempah slot ke Piala Dunia FIFA 2018 di Moscow, Rusia dengan Iceland menjadi antara negara terkecil dunia yang layak ke temasya berprestij itu.

Sementara gergasi seperti Amerika Syarikat dimalukan selepas tewas 2-1 kepada Trinidad dan Tobago di peringkat kelayakan.

Berikut adalah fakta penting menjelang tamatnya sesi kelayakan Piala Dunia Moscow 2018:

1. Sebanyak 23 negara sudah layak ke Piala Dunia daripada keseluruhan 32 slot.

2. Iceland menjadi negara paling kecil yang layak ke Piala Dunia.

3. 20 negara lagi masih berpeluang menempah baki sembilan slot ke Piala Dunia.

4. 210 negara berentap di peringkat kelayakan melibatkan lima zon benua.

5. 168 negara sudah tersingkir di peringkat kelayakan.

6. Eropah mempunyai 14 tempat, dengan 10 negara termasuk tuan rumah, Rusia sebagai tuan rumah layak secara automatik.

7. Australia terpaksa berdepan Honduras untuk mendapatkan slot ke Piala Dunia.

8. New Zealand pula akan berdepan Peru untuk tempah slot.

9. Bagi wakil Afrika, hanya Nigeria dan Mesir yang sudah menempah slot. Lima slot diperuntukan kepada benua berkenaan.

10. Tarikh akhir peringkat kelayakan ialah pada 14 November 2017.