PADA usia 17 tahun, Aori Nishimura sudahpun melakar namanya dalam sejarah dunia sukan papan selaju.
Aori muncul juara dunia dalam kejohanan Street League Skateboarding (SLS) di Rio de Janeiro, Brazil, yang dianjurkan bersama badan tadbir sukan itu, World Skate yang julung kali diadakan bagi disiplin ‘street’.
Aori berjaya mengatasi dua bintang papan selaju, Leticia Bufoni dari Brazil dan Lacey Baker dari Amerika Syarikat, yang sudah pasti mahu menjadi yang pertama memenangi kejohanan yang diiktiraf World Skate, sekali gus mengutip mata yang tinggi untuk kelayakan ke Olimpik Tokyo 2020.
Sebelum berjaya dinobat juara dunia, Aori mengalami kecederaan lutut ACL yang menghalangnya untuk bermain selama lebih sembilan bulan.
Semua orang tahu bahawa kecederaan ACL adalah musuh utama bagi atlet untuk kembali pada prestasi yang terbaik dalam bidang mereka, namun Aori membuktikan keazaman dan semangat yang tinggi boleh mengatasi segalanya.
Pada Oktober 2017, peluncur dari Tokyo itu menjalani pembedahan pada lutut kirinya dan selepas menjalani proses pemulihan di Amerika Syarikat bersama Doktor David Sales, Aori kembali menyertai kejohanan pertamanya iaitu Dew Tour Long Beach pada 1 Julai 2018.
Penyertaannya dalam final wanita profesional itu bukan sekadar untuk melengkapkan kuota, malah Aori berjaya mara ke final dan mendapat tempat kelapan.
Kejayaan itu ternyata meningkatkan keyakinan Aori yang berjaya muncul naib juara pada kejohanan kedua yang disertainya, X Games Minneapolis tiga minggu selepas itu.
Pada kejohanan SLS di Rio dua minggu lepas, Aori berdepan cabaran bintang papan selaju wanita, Bufoni yang merupakan juara dunia 2015 dan 2017.
Beraksi di halaman sendiri, Bufoni sudah pasti turun ke gelanggang dengan penuh keyakinan dan ia terbukti apabila berjaya mendahului semua peserta termasuk Aori sehingga ke bahagian ‘best trick’ yang terakhir.
Bufoni sudahpun meraikan kejayaannya selepas mengutip mata yang tinggi pada trik yang terakhir, sebelum Aori menghabiskan aksinya.
Ternyata ia tidak melemahkan semangat Aori yang berjaya mengejutkan Bufoni dan penyokong tuan rumah dengan mengutip mata yang memadai pada trik terakhir untuk memintas kedudukan atlet Brazil itu.
Aori mengatasi Bufoni dengan hanya 0.01 mata untuk muncul juara dunia, sementara Baker di tempat ketiga.
Jepun sudahpun ada prospek emas untuk ‘street’ dan ‘park’ dalam sukan papan selaju, kurang dua tahun menjelang temasya Tokyo 2020.
Popularitinya dan semangat juang Aori membolehkannya menjadi duta bagi jenama pakaian sukan terkenal Nike (Nike SB), minuman, Coca-Cola dan juga syarikat jam tangan, Casio (G-Shock).
Sokongan daripada penaja dan sudah pasti keluarganya, membolehkan Aori berjaya dalam bidang yang diceburinya dan sudah pasti bakal membawa pulang kilauan pingat buat Jepun.
Ian Johan Ariff
Mon Jan 21 2019
Aori Nishimura bersama trofi juara dunia papan selaju SLS 2018. - Foto Paulo Macedo/www.worldskate.org
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Enam ditangkap, tiga lagi dikesan terlibat rompakan emas terbesar
Pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat mengumumkan enam individu telah ditangkap manakala tiga lagi sedang dikesan berhubung rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada pada Rabu.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr
Sesudah kalah dalam perlawanan pembukaan di Al Ain minggu lalu, kelab Liga Pro Saudi Ronaldo itu mengalami kekecewaan lagi awal pagi tadi.
JDT benam BG Pathum United 4-1, tamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga
JDT menamatkan saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di tangga ketiga, di belakang Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai selepas membenam BG Pathum United 4-1.
ACL: Kawasaki Frontale saji aksi sempurna - Jordi Amat
Ketua pasukan JDT terkilan gagal menyaingi Kawasaki Frontale menerusi kekalahan buruk 0-5 dalam kunjungan ke tempat lawan, malam tadi.
ACL: JDT hidup peluang ke pusingan kedua selepas tewaskan Ulsan Hyundai 2-1
Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan skuad Harimau Selatan kepada kelab bimbingan Hong Myung Bo itu pada pada 24 Okt lepas.
Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri
Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri.
Liga Juara-Juara: PSG benam Milan
PSG bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat lawan dan tampil dengan kualiti serangan menakjubkan ke atas pasukan dari Itali itu.
ACL: Sepakan guntung Marcinho buat JDT gigit jari
Penyerang berusia 28 tahun dari Brazil itu memecah kebuntuan pada penghujung babak pertama selepas memanfaatkan tandukan Tatsuki Seko.
ACL: Peluang JDT tebus kekecewaan musim lalu
Selain Kawasaki Frontale, skuad JDT turut diundi bersama Ulsan Hyundai dari Korea Selatan dan BG Pathum United kelab dari Thailand.
Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.
Tottenham sahkan ACL tamatkan musim Rodrigo Bentancur
Pemain itu membuka jaringan dalam kekalahan 1-4 kepada Leicester City dalam perhitungan EPL Ahad lalu, sebelum kelihatan terhincut-hincut.