Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin membuka tirai musim MotoGP Dunia 2018 dengan mengutip lima mata pada saingan Grand Prix (GP) Qatar di Litar Losal, Doha, Ahad.
Pelumba pasukan Petronas Sprinta Racing berusia 20 tahun itu menamatkan saingan Moto3 di tempat ke-11 dengan ketinggalan 7.753 saat di belakang juara, Jorgen Martin daripada pasukan Del Conca Gresini Moto3.
Juara dari Sepanyol itu merakamkan catatan masa 38 minit 18.207s.
Tempat kedua disandang oleh pelumba Sepanyol daripada pasukan Estrella Galicia, Aron Canet (+0.023s), diikuti pelumba Itali Lorenzo Dall Porta (+6.746s) daripada pasukan Leopard Racing.
Rakan sepasukan Adam, Ayumu Sasaki dari Jepun menduduki tempat kelapan dengan ketinggalan 6.998s untuk mengumpul lapan mata. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 18 2018
Adam menamatkan saingan Moto3 di tempat ke-11. - BERNAMA/Fail
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Adam Norrodin kecewa gagal tamatkan perlumbaan
Adam hanya sempat melengkapkan lima daripada 18 pusingan di Litar Sepang, terjatuh di selekoh keempat.
Adam Norrodin tarik diri daripada GP Aragon
Pelumba berumur 21 tahun yang menggantikan Khairul Idham Pawi itu mengalami kecederaan di bahu kiri selepas terbabit dalam kemalangan.
Adam lebih tenang hadapi GP Malaysia hujung minggu ini
Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin mengakui lebih tenang untuk mengharungi perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.