Perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang dijadualkan pada 28 Mac ini di Pyongyang, ditangguhkan ke tarikh lain.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam kenyataan hari ini, berkata tarikh baharu perlawanan berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Jawatankuasa Pertandingan AFC mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan itu selepas peningkatan ketegangan diplomatik antara kerajaan Korea Utara dan Malaysia," kata AFC dalam laman sesawang rasminya, www.the-afc.com.
Sebelum ini, skuad Harimau Malaysia yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee dijadual menentang Korea Utara dalam aksi pembukaan Kumpulan B, pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung di ibu negara Korea Utara, di Pyongyang.
Namun, berikutan hubungan diplomatik yang tegang sejak kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas, kerajaan melarang skuad Harimau Malaysia beraksi di negara itu atas faktor keselamatan.
Berikutan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin lepas, memohon agar AFC mengubah venue perlawanan itu ke gelanggang berkecuali.
Pada Selasa lepas, kerajaan Malaysia bertindak balas melarang warga Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini, selepas Korea Utara bertindak menghalang 11 rakyat Malaysia keluar dari negara berkenaan.
Permohonan gelanggang berkecuali bukan perkara baharu dalam arena bola sepak kerana negara seperti Israel, Palestin, Syria dan Arab Saudi pernah dibenarkan bermain di gelanggang berkecuali atas sebab tertentu sebelum ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menyambut baik keputusan itu kerana ia dilihat sebagai langkah paling tepat demi keselamatan pemain dan pegawai pasukan.
"Berhubung tarikh baharu dan venue untuk perlawanan tersebut, FAM menyerahkan sepenuhnya kepada AFC untuk menentukannya dan sedia untuk memberi kerjasama jika diminta berbuat demikian," katanya.
Hamidin berkata perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina pada 22 Mac ini di Stadium Memorial Rizal Manila, akan tetap diteruskan memandang ia peluang terbaik untuk memperbaiki ranking pasukan, yang kini menduduki tangga ke-161 dunia. -- Bernama
Bernama
Fri Mar 10 2017
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam kenyataan hari ini, berkata tarikh baharu perlawanan berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat. - Gambar fail
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.