AUSTRALIA 0 MALAYSIA 3
Malaysia mencipta kejutan di Stadium Thanh Long, Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selepas menundukkan Australia 3-0 dalam aksi keempat Kumpulan B, Kejohanan AFF B-18, sebentar tadi.
Dua jaringan daripada penyerang utama, Luqman Hakim Shamsuddin, serta satu lagi oleh Muhammad Azam Azmi Murad dalam babak pertama membolehkan Malaysia kini mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan dan satu kalah.
Berbekalkan moral tertinggi susulan kemenangan 3-1 ke atas Singapura dan 3-0 ke atas Kemboja sebelum ini, anak buah Brad Maloney itu hanya memerlukan 17 minit untuk mengejutkan lawan yang turun selaku pendahulu Kumpulan B.
Biarpun skuad The Socceroos dilihat lebih menguasai aksi dalam hujan lebat di Bandaraya Ho Chi Minh itu, kebijaksanaan Azam menghidu kealpaan benteng lawan membolehkannya melakukan hantaran jauh buat Luqman dan penjaring terbanyak Kejohanan AFC B-16 2018 itu tenang melepasi dua pertahanan sebelum melambungkan bola melepasi Jackson Lee.
Terkejut dengan gol pembukaan Malaysia, Australia yang diketuai oleh Noah Pagden cuba mengatur gerakan dan hampir menyamakan kedudukan tiga minit kemudian tetapi rembatan Marco Tilio terkena pertahanan skuad negara.
Sebaliknya, Malaysia menambah gol kedua pada minit ke-27, kali ini menerusi pertahanan, Azam, yang tenang menyudahkan bola sepakan sudut dari sebelah kiri oleh Firdaus Kaironisam menerusi rembatan voli, membuatkan Lee tertewas buat kali kedua.
Perlawanan terhenti seketika pada minit ke-35 selepas insiden perlanggaran melibatkan kapten skuad negara, Firdaus Irman Mohd Fadhil, dan Tilio sehingga menyebabkan penjaga gol PKNP FC itu terbaring.
Percaturan Maloney merehatkan Luqman sewaktu menentang Kemboja ternyata berhasil apabila penggempur itu sekali lagi menggegarkan jaring lawan.
Selepas lenggok badannya memperdayakan Pagden, dia pantas meloloskan diri ke kanan sebelum bola rembatannya yang terkena kaki Lee bergolek masuk ke dalam gawang ketika babak pertama berbaki enam minit.
Australia menggandakan asakan sebaik sahaja permainan bersambung, terutama menerusi rangkaian Gianluca Iannucci Lachlan Brook serta Jai Lenny King-Byrne tetapi keampuhan benteng skuad negara yang dikepalai oleh Aidil Azuan dan Faris Kamardin sukar ditembusi.
Pemain gantian, Jarrod Carluccio, berpeluang untuk memastikan pasukannya meraih sekurang-kurangnya satu gol di Thanh Long apabila rembatan derasnya hampir menewaskan Firdaus Irman tetapi penjaga gol itu sempat menguis bola keluar.
Malaysia seharusnya memperoleh kemenangan 4-0 sekiranya Azam menggunakan kesempatan pada minit ke-70 hasil hantaran pendek rakan sepasukan tetapi percubaan kaki kanan pertahanan itu sempat ditepis keluar oleh Lee.
Skuad kendalian Maloney itu kini berkongsi sembilan mata dengan pendahulu, Australia, selepas dibezakan dengan jumlah jaringan dan bakal memburu mata penuh bagi menempah tiket ke separuh akhir dalam aksi seterusnya menentang Thailand, Khamis ini.
Astro Arena
Tue Aug 13 2019
Luqman Hakim Shamsuddin menjaringkan dua gol untuk Malaysia menewaskan Australia 3-0. - Foto Youtube/Astro Arena
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AFF B-18: Malaysia kejutkan Socceroos di Ho Chi Minh
Luqman Hakim jaring dua gol untuk membantu Malaysia kejutkan Australia 3-0.