PSG 3 MONACO 1
Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi, menegaskan bahawa juara Perancis itu tidak mengambil mudah terhadap kejayaan domestik selepas kejayaan mengekalkan mahkota Ligue 1.
Selepas mengesahkan kejuaraan berikutan Lille seri tanpa jaringan di Toulouse, PSG menjulang trofi keenam mereka dalam musim ketujuh sejurus mengalahkan Monaco 3-1, awal pagi tadi.
Hatrik Kylian Mbappe mengetuai PSG untuk melengkapkan kejayaan dua trofi musim ini selepas menjulang Trophee des Champions manakala perlawanan akhir Coupe de France dengan Rennes akan berlangsung 27 April ini.
Biarpun PSG perlu menunggu lebih lama lagi untuk meraih gelaran Eropah selepas terkandas kepada Manchester United dalam pusingan 16, Al-Khelaifi gembira dengan kejayaan berturut-turut tersebut.
"Kami sentiasa memiliki rasa bahagia dan bangga yang sama apabila kami memenangi gelaran berprestij seperti Ligue 1," kata Al-Khelaifi.
"Ligue 1 merupakan saingan liga utama di sebuah negara yang berada di puncak bola sepak dunia pada musim panas lalu. Itu sudah cukup untuk membuktikan betapa pentingnya buat kami memenangi gelaran ini.
"Saya mengucapkan tahniah dan rasa bangga saya terhadap pemain, jurulatih, kakitangan dan keseluruhan skuad PSG yang bekerja dengan gigih untuk membantu kelab ini berkembang.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong atas kesetiaan dan kesungguhan mereka yang tidak dapat ditandingi. Keghairahan mereka terhadap kelab ini merupakan trofi paling indah."
Astro Arena
Mon Apr 22 2019
Pemain PSG meraikan kejayaan mempertahankan gelaran Liga Perancis. - Foto Stadium Astro.
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Coupe de France: Gol berganda Costa, Dallinga pastikan Toulouse bergelar juara
Logan Costa dan Thijs Dallinga menjaringkan dua gol sewaktu membantu Toulouse membelasah Nantes 5-1.
Coupe de France: Mbappe ledak lima gol bawa PSG ke pusingan 16
PSG mara ke pusingan 16 pertandingan itu menerusi kemenangan bergaya 7-0 di Lens' Stade Bollaert-Delelis.
Al-Khelaifi tetap gembira kejayaan PSG julang gelaran Ligue 1
PSG 3 MONACO 1 Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi, menegaskan juara Perancis itu tidak mengambil mudah terhadap kejayaan domestik selepas kejayaan mengekalkan mahkota Ligue 1.