Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memberi sepenuh tumpuan terhadap pemilihan UMNO
Annuar yang juga calon timbalan presiden UMNO berkata keputusannya itu adalah atas komitmen yang diperlukan untuk memberi tumpuan penuh kepada UMNO.
"Saya perlu memberi tumpuan, masa dan tenaga tidak berbelah bahagi dalam proses untuk memperkasakan UMNO,"
"Apabila saya tidak terlibat dalam pengurusan bolasepak maka dapatlah saya memberi segala tumpuan yang diperlukan dalam usaha memulih dan memperkasakan UMNO," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau yang merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata keputusannya itu juga adalah untuk memberi laluan kepada Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin supaya dipilih sebagai Presiden FAM tanpa bertanding.
Annuar berkata selepas menghantar borang menerima pencalonan jawatan itu pada 1 Jun lepas, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta dengan anggota kongres FAM di kalangan persatuan bola sepak negeri.
"Dalam perbincangan itu khususnya dengan TMJ, saya telah diberi nasihat dan pandangan yang saya sangat hargai khususnya TMJ sendiri sebagai seorang yang masih terlibat dengan bolasepak negara.
"Selepas berfikir secara mendalam saya mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada Hamidin supaya dipilih sebagai Presiden FAM tanpa bertanding," katanya.
Pemilihan jawatan dalam Persatuan FAM akan diadakan pada Kongres FAM Ke-54 pada 14 Julai depan.
Annuar berkata keputusannya itu turut didorong komitmennya sebagai Anggota Parlimen Ketereh terutama sebagai pembangkang di Parlimen.
"Saya merasakan perlu memberikan tumpuan membentuk barisan pembangkang yang kuat, berwibawa dan berkeupayaan tinggi kerana rakyat sangat memerlukan jurubicara membawa suara rakyat ke Parlimen," kata Annuar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 28 2018
Annuar yang juga calon timbalan presiden UMNO berkata keputusannya itu adalah atas komitmen yang diperlukan untuk memberi tumpuan penuh kepada UMNO. - Gambar fail
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.