SEMALAM undian bagi kejohanan baru anjuran UEFA, Liga Negara Eropah diadakan. 
Ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya Liga Negara Eropah ini?

Liga Negara Eropah akan bermula tahun ini dan akan dianjurkan pada tahun yang tidak mempunyai kejohanan utama iaitu Piala Dunia dan juga Kejohanan Eropah (Euro).

Liga Negara Eropah ini melibatkan 55 negara Eropah UEFA yang dibahagikan kepada 4 liga, iaitu Liga A hingga D.

Bagi kejohanan sulung yang akan dianjurkan tahun ini, pasukan yang bertanding akan dibahagikan mengikut ranking dan diletakkan Liga A hingga D.

12 pasukan yang berada pada ranking terbaik akan diletakkan dalam Liga A sementara yang tercorot berada di dalam Liga D.

Setiap pasukan akan bertembung sebanyak dua kali, melibatkan perlawanan di tempat sendiri dan timbal balik, bermula September sehingga November dalam tempoh 10 minggu.

Seperti liga-liga bola sepak yang lain, juara liga bawahan akan dinaikkan ke peringkat liga yang lebih tinggi, sementara pasukan yang berada di kedudukan terakhir dalam kumpulan akan diturunkan satu peringkat liga.


Empat pasukan yang menjuarai dalam kumpulan Liga A akan bersaing dalam peringkat kalah mati pada Jun 2019, untuk menentukan siapa juara Liga Negara Eropah.

Liga ini juga akan digunakan sebagai proses untuk kelayakan Kejohanan Eropah, Euro 2020 dan secara tidak langsung mempercepatkan proses kelayakan tersebut.

Dua pasukan terbaik dalam 10 kumpulan Liga Negara Eropah ini akan menempah tempat ke Kejohanan Eropah.

Kedudukan ranking atau seeding bagi setiap pasukan dalam Euro 2020 akan ditentukan berdasarkan prestasi mereka dalam Liga Negara Eropah dan baki empat lagi pasukan yang bakal mengisi slot ke peringkat akhir Euro 2020 akan ditentukan menerusi perlawanan play-off pada bulan Mac.

Berikut senarai Liga Negara Eropah selepas undian diadakan semalam.

Liga A

Kumpulan 1
Belanda
Perancis
Jerman

Kumpulan 2
Iceland
Switzerland
Belgium

Kumpulan 3
Poland
Itali
Portugal

Kumpulan 4
Croatia
England
Sepanyol

Liga B

Kumpulan 1
Republik Czech
Ukraine
Slovakia

Kumpulan 2
Turki
Sweden
Rusia

Kumpulan 3
Ireland Utara
Bosnia
Austria

Kumpulan 4
Denmark
Ireland
Wales

Liga C

Kumpulan 1
Israel
Albania
Scotland

Kumpulan 2
Estonia
Finland
Greece
Hungary

Kumpulan 3
Cyprus
Bulgaria
Norway
Slovenia

Kumpulan 4
Lithuania
Montenegro
Serbia
Romania

Liga D

Kumpulan 1
Andorra
Kazakhstan
Latvia
Georgia

Kumpulan 2
San Marino
Moldova
Luxembourg
Belarus

Kumpulan 3
Kosovo
Malta
Kepulauan Faroe
Azerbaijan

Kumpulan 4
Gibraltar
Liechtenstein
Armenia
Macedonia