Segala spekulasi mengenai karier jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, 36, bakal terjawab petang ini.

Persoalan yang bermain di minda peminat sukan dan rakyat Malaysia ketika ini apakah status pemain badminton nombor satu negara itu setelah lama mendiamkan diri selepas mendapatkan rawatan kanser.

Setakat ini, ramai yang menjangkakan beliau akan kekal di dalam arena badminton dan menutup segala spekulasi bahawa beliau akan bersara di dalam arena badminton negara.

BACA : Misbun terima saja apa keputusan Chong Wei

BACA : Chong Wei adakan sidang media khas Khamis ini - Presiden BAM

BACA : Chong Wei selamat tiba selepas jalani rawatan barah


Sebelum ini, Chong Wei telah dilaporkan menghidap kanser hidung dan telah mendapatkan rawatan di Taiwan.

Kali terakhir Chong Wei beraksi adalah dalam Terbuka Indonesia, Julai lalu sebelum mengambil keputusan berehat bagi menjalani rawatan sekali gus menyaksikan dia terlepas bagi aksi Kejohanan Dunia di Nanjing, China serta Sukan Asia Indonesia.