MINGGU lalu, kita telah menyaksikan perlawanan divisyen welterweight mendominasi carta teratas 'fight card' pada aksi UFC Fight Night 147 yang berlangsung di O2 Arena, London, pada Ahad.
Petarung dari Liverpool, Darren Till dipilih untuk bertemu dengan Jorge Masvidal dalam acara utama. Manakala bagi 'co-main event' pula, seorang lagi petarung dari England, Leon Edwards menggalas tanggungjawab untuk menentang jaguh dari Iceland, Gunnar Nelson.
Walau bagaimanapun, peminat seni bela diri campuran (MMA) England gagal menyaksikan kedua-dua jaguh mereka meraih kemenangan apabila Masvidal berjaya menamatkan perlawanan menentang Till pada pusingan kedua menerusi 'knockout'. Edwards pula menang tipis ke atas pesaingnya menerusi 'split decision' (keputusan berbelah bagi).
Jadi, apakah langkah seterusnya bagi keempat-empat petarung tersebut? Berikut dilihat sebagai pilihan terbaik bagi mereka:
Jorge Masvidal
Setelah hampir setahun setengah 'berehat' dari gelanggang Octagon, Masvidal tampil bergaya dengan kemenangan sekali gus melenyapkan kata-kata kurang enak dari pengkritiknya.
Sebelum ini, kita hampir menerima hakikat bahawa pemenang antara Till vs Masvidal, bakal bertemu dengan Ben Askren. Tetapi ia berubah sama sekali kerana terdapat pilihan perlawanan yang lebih menarik buat Masvidal.
Ia gara-gara aksi pergaduhan belakang pentas dengan Leon Edwards semasa Masvidal sedang diwawancara oleh ESPN. Jalan cerita ini nampak sempurna jika ia dapat berakhir dengan aksi kedua-dua mereka di dalam Octagon. Pemenang Masvidal vs Edwards juga boleh dilihat sebagai pencabar utama bagi perlawanan kejuaraan welterweight yang seterusnya.
Darren Till
Jaguh berumur 26 tahun ini kini telah kalah dua kali berturut-turut. Persoalan besar yang kerap kali ditanya sejak perlawanan beliau menentang Stephen Thompson pada May 2018, adakah wajar jika Till naik ke division seterusnya iaitu middleweight?
Ya, kerana Till mempunyai susuk badan yang besar bagi seorang petarung welterweight. Dan ada kemungkinan proses menurunkan berat badan menjejaskan prestasinya yang sebenar ketika bertarung di dalam Octagon.
Apa yang Till harus lakukan adalah ambil sedikit masa untuk bercuti dan apabila dia sudah bersedia, kembalilah sebagai petarung middleweight.
Leon Edwards
Perjalanan petarung berusia 27 tahun ini nampak menarik apabila beliau berjaya mencatat kemenangan tujuh kali berturut-turut. Malah kekalahan terakhir beliau adalah kepada Kamaru Usman yang kini merupakan Juara bagi division welterweight.
Dengan rekod yang baik ini, Edwads dilihat layak bertemu dengan seorang dari ranking 'top 5'. Masvidal yang berjaya menundukkan Till, dijangka menjadi petarung di kalangan ranking lima teratas, dan ini sememangnya menjadikan Masvidal vs Edwards satu perlawanan yang menarik.
Gunnar Nelson
Walaupun dianggap antara pertarung yang merbahaya dikalangan jaguh Welterweight yang lain, Nelson (30 tahun) dilihat gagal untuk mendapat kemenangan berturut-turut yang konsisten sejak tahun 2014.
Oleh demikian agak sukar untuk beliau mendapatkan petarung dikalangan ranking top 10 bagi perlawanan beliau yang seterusnya.
Sebaiknya, Nelson perlu mencatat satu lagi kemenangan dikalangan petarung di dalam ranking top 15 dahulu, sebelum diberi peluang bertemu dengan mana-mana petarung dari ranking top 10 Welterweight.
- Hilmi Ismail
Hilmi Ismail
Sat Mar 23 2019
Masvidal berjaya menamatkan perlawanan menentang Till pada pusingan kedua menerusi 'knockout'. - Foto Instragram/@UFC
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Pertempuran sengit paksa 200 orang lari ke Thailand
Pertempuran bertambah sengit di sempadan timur Myanmar dengan Thailand hari ini, memaksa kira-kira 200 orang awam melarikan diri ketika pemberontak mengusir tentera junta yang bersembunyi di lintasan sempadan jambatan.
Liga Hoki Selangor TNB-QNET kembali dipertandingkan tahun ini
Selepas lima tahun menyepi, Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL) akan kembali dianjurkan bermula hari ini hingga 2 Jun depan dalam usaha mencungkil bakat baru sukan hoki di tanah air.
Bio-Home lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di Kota Kinabalu.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Didakwa curi teksi, petarung UFC Darren Till ditahan
Bekas pencabar kejuaraan welterweight UFC, Darren Till dilaporkan telah ditangkap di Tenerife, Kepulauan Canary di Sepanyol.
Apa seterusnya selepas UFC London?
Kita menyaksikan perlawanan dari division welterweight mendominasi carta teratas 'fight card', pada acara UFC Fight Night 147 yang berlangsung di O2 Arena, London minggu lalu.