KAPTEN Belanda Arjen Robben ucap selamat tinggal kepada bola sepak antarabangsa.

Ia susulan kegagalan skuad Oranje layak ke Piala Dunia Rusia 2018.

Robben menjadi watak penting di sebalik kemenangan 2-0 Belanda ke atas Sweden.

Kedua dua jaringan disumbat penyerang berusia 33 tahun itu, namun belum memadai untuk membantu Belanda mara ke pusingan akhir.

Mula mewakili Belanda pada April 2003, Robben beraksi dalam 96 perlawanan dan meledak 37 jaringan.

Tumpuannya kini adalah bagi membantu Bayern Munich merebut kejuaraan domestik dan Eropah.