PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengumumkan akan kekal dalam pasukan itu selepas menandatangani kontrak dua tahun.

Ia sekaligus melanjutkan perkhidmatannya selama 21 tahun dalam kelab bola sepak itu.

Perkara itu diputuskan selepas Wenger dan pemilik kelab Stan Kroenke bertemu pada Isnin.

Arsenal dijangka membuat pengumuman rasmi pada Rabu.

The Gunners menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ini kali pertama pasukan itu berada di luar tempat keempat teratas sejak Wenger mengendali pasukan itu pada 1996.