MIKEL Arteta menegaskan tidak terkejut dengan persembahan bertenaga daripada Mesut Ozil ketika berdepan Chelsea serta kagum dengan kesungguhannya dalam sesi latihan.

Ozil kerap kali menjadi kritikan di sebalik persembahan longlai Arsenal sementara kegagalan pemenang Piala Dunia 2010 itu untuk mempamerkan aksi yang konsisten.

The Gunners tewas 2-1 kepada Chelsea di Stadium Emirates Ahad lalu dan Ozil merupakan antara pemain yang cemerlang dalam aksi pertama kendalian Arteta di laman sendiri.

Sasaran Arteta kini adalah membina skuad yang lebih ampuh yang mampu menampilkan kualiti sebenar Ozil, mengakui dia seorang tidak mampu untuk memenangi perlawanan.

"Itu yang saya harapkan. Aksi yang konsisten dipamerkan setiap tiga atau empat hari," kata Arteta menjelang pertemuan dengan Manchester United. "Dia telah berusaha melakukan sebaik mungkin untuk pasukan.

"Statistik permainannya mula menampakkan peningkatan dan dia bersungguh-sungguh demi pasukan. Itu apa yang boleh saya katakan menerusi apa yang dilihat dalam sesi latihan

"Saya tidak terkejut, saya mengetahui kemampuannya. Kami mengenali setiap pemain yang kami miliki.

"Ozil seorang diri tidak mampu melakukannya. Dia memerlukan struktur yang kolektif, organisasi serta rakan sepasukan. Hanya terdapat satu atau dua pemain di dunia mampu memenangi perlawanan dengan kemampuan mereka sendiri.

"Dia memerlukan bantuan dan memerlukan pasukan yang boleh menghadirkan permainan terbaiknya serta memerlukan lebih banyak masa beraksi. Itulah yang cuba kami lakukan."

BACA: Ozil kritik umat Islam abaikan etnik Uighur

Ozil bertindak sebagai pemain nombor 10 ketika berdepan Chelsea, bergandingan bersama-sama Alexandre Lacazette, Pierre-Emerick Aubameyang dan Reiss Nelson.

Arteta berasakan ia adalah posisi yang sesuai buat Ozil namun melaungkan amaran kedudukan pemain dari Jerman itu hanya kekal jika dia adalah pilihan terbaik pasukan.

"Saya berasakan Ozil sesuai dalam posisi tersebut dan dia beraksi dengan penuh berkesan.

"Saya meletakkan dia ke dalam pasukan jika sikap, keinginan, fahaman serta kesungguhannya untuk beraksi.

"Jika Ozil mengatasi pemain-pemain lain, dia akan dipilih. Jika perkara sebaliknya berlaku, dia tidak akan beraksi."