Berita  | Sukan

Astro bawa 8 saluran secara percuma Sukan Asia 2018

Astro bawa 8 saluran secara percuma Sukan Asia 2018
6 saluran dedikasi serta 2 saluran eksklusif di Astro Arena untuk setiap rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan dan memberi sokongan buat atlit negara yang bakal beraksi di temasya Sukan Asia 2018, Jakarta dan Palembang yang menyaksikan 45 buah negara bertanding.

Astro menawarkan lapan saluran secara percuma buat seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan pelanggan bermula 18 Ogos hingga 2 September ini..

Bagi pelanggan Astro, mereka boleh menonton di enam saluran dedikasi (Saluran HD 790 – 795) serta dua saluran eksklusif membawakan liputan khas atlit negara menerusi Astro Arena (Saluran 802 HD/801 SD) dan NADI AG2018 (Saluran 803 HD/ 800 SD).
Untuk bukan pelangan Astro pula, kesemua lapan saluran ini boleh ditonton di NJOI Prepaid, Astro GO dan NJOI Now apps.


Dalam pada itu, lebih 40 tenaga kerja dari Astro Arena akan berada di Jakarta dan Palembang untuk membawakan liputan terkini dan paling komprehensif 16 jam setiap hari.

Saluran berita 24 jam sehari, NADI AG2018 pula akan membawakan laporan dan analisis yang lebih dekat dan terperinci daripada pegamal-pegamal media dan bekas-bekas atlet kebangsaan yang akan dijemput sebagai tetamu.

Semua lapan saluran ini akan memulakan siarannya pada 13 Ogos dimana penonton boleh menyaksikan peringkat kumpulan, skuad bola sepak kebangsaan memulakan saingan sebelum upacara pembukaan rasmi.

15 Ogos, 4:30PTG – Kyrgyzstan lwn Malaysia
17 Ogos, 7:30MLM – Malaysia lwn South Korea
20 Ogos, 7.30MLM Malaysia lwn Bahrain


-

Majlis Pembukaan Sukan Asia 2018 akan disiarkan pada 18 Ogos, jam 8.00 malam di Saluran 790 HD /780 SD.