Astro mengesahkan sedang mengadakan rundingan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan hak penyiaran Liga Malaysia (Liga M), musim depan.

Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, berkata: "Ya, kami telah berjumpa beberapa kali dan sedang mengadakan rundingan.

"Ketika ini, ia bergantung kepada perincian komersial seperti berapa banyak, termasuk apa yang kami boleh sumbangkan dalam Liga M.

"Mungkin dalam sebulan dua lagi, kita akan mendapat berita yang lebih konkrit."

Kali terakhir Liga Super dan Liga Perdana ditayangkan menerusi saluran Astro ialah pada musim 2014.