ASTRO selaku stesen penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2014 Brazil akan membawakan liputan yang lengkap dan komprehensif untuk acara sukan terbesar di dunia ini kepada rakyat Malaysia melalui platform ‘TONTON, MAIN, BACA dan DENGAR’.
Platform TONTON akan memperlihatkan para pelanggan ASTRO SuperPack sehingga 31 Mei 2014 menerima ‘Pas Bola Sepak’ untuk menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui saluran-saluran khusus yang disediakan meliputi lima saluran berdefinisi tinggi (HD) dan lima saluran definisi standard (SD) di siaran televisyen ASTRO dan ASTRO On The Go.
Buat para pelanggan ASTRO yang lain dan pelanggan NJOI boleh menyaksikan kesemua perlawanan tersebut melalui pembelian ‘Pas Bola Sepak’ yang bernilai RM100 bermula dari 1 Mei 2014.
Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan ASTRO berkata, “ASTRO terus komited dalam menyampaikan liputan menyeluruh Piala Dunia FIFA kepada rakyat Malaysia sejak siri Piala Dunia FIFA 1998 lagi.
Pasukan ASTRO kini gigih berusaha menyediakan pelbagai rancangan baru yang menyeronokkan meliputi rancangan temu bual, saluran berita dan variasi program melalui 10 saluran khusus yang boleh ditonton secara mudah dengan menekan butang merah interaktif pada alat kawalan jauh ASTRO serta dalam aplikasi inovatif pada telefon bimbit dan web untuk menonton perlawanan-perlawanan siaran langsung dari pelbagai sudut kamera, ulang tayang, sorotan perlawanan dan liputan berita terkini mengenai Piala Dunia FIFA”.
Turut diperkenalkan buat pertama kali untuk tahun ini ialah Aplikasi ASTRO Go 2014 FIFA World Cup™ di mana para pemegang Pas Bola Sepak boleh menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui tablet, telefon pintar dan komputer. Pengalaman platform TONTON akan diperhebatkan lagi di Aplikasi ASTRO Go 2014 FIFA World Cup™ dengan sorotan secara langsung dari enam buah kamera pelbagai yang pasti dapat merakam kesemua aksi menarik sepanjang perlawanan.
Tambahan lagi, ciri unik penanda acara membolehkan detik-detik kegemaran diulang tayang semasa perlawanan secara langsung hanya dengan menggunakan jari. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan detik-detik penting setiap perlawanan dalam sudut yang pelbagai.
Pemegang Pas Bola Sepak yang mempunyai kotak PVR dan akses ASTRO on the Go akan turut menerima siaran Piala Dunia FIFA On Demand dengan kandungan selama hampir 100 jam yang meliputi pelbagai perlawanan klasik siri Piala Dunia FIFA dari tahun 1966, 10 perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 yang disiarkan secara 3D dan program-program rasmi Piala Dunia dari FIFA.
“Kami di ASTRO berhasrat untuk membawa semua rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan Piala Dunia FIFA. Para pelanggan ASTRO dan NJOI tanpa Pas Bola Sepak juga masih boleh menyaksikan 30 perlawanan secara langsung di ASTRO Arena dengan ulasan perlawanan dalam Bahasa Malaysia”, tambah Lee lagi.
Selain itu, terdapat beberapa pilihan yang disediakan buat mereka yang bukan pelanggan ASTRO untuk turut sama merasai kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil melalui perkhidmatan ASTRO on the Go dengan cara berikut:-
* Pembelian Pas Bola Sepak bernila RM100 untuk menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung di peranti pilihan mereka.
* Buat pertama kalinya mereka boleh menonton perlawanan-perlawanan tertentu dengan sistem bayaran untuk setiap tontonan (Pay Per View) pada RM6 untuk setiap perlawanan.
* Tonton 30 perlawanan siaran langsung secara percuma.
ASTRO juga telah memperkenalkan www.stadiumastro.com sebagai pusat dan sumber informasi berkaitan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil.
Rakyat Malaysia boleh melayari stadiumastro.com sepanjang musim acara bola sepak ini untuk mendapatkan berita, liputan terkini, lekapan, sorotan perlawanan, pelbagai perlawanan klasik dari siri Piala Dunia sebelum ini serta stesen-stesen radio bertemakan Piala Dunia serta segala fail media digital mengenai Piala Dunia.
Bagi platform MAIN, rakyat Malaysia boleh menyertai pelbagai permainan yang disediakan seperti Stadium ASTRO Fantasi Olabola Edition. Permainan yang boleh didapati di www.stadiumastro.com ini membolehkan para peminat bola sepak mencipta pasukan impian mereka, melakukan pemindahan pemain, menyertai liga dan mengumpul mata berdasarkan prestasi sebenar pemain pilihan mereka.
Untuk meningkatkan debaran dan memperhebatkan lagi keseronokan setiap perlawanan secara langsung, para peminat bola sepak ini boleh menyertai permainan aplikasi “Ola Bola Football Predictor” untuk peranti iOS dan Android di mana pemain dapat membuat ramalan mengenai sepakan percuma, sepakan sudut dan sepakan penalti dalam perlawanan sebenar.
Melalui platform DENGAR pula, aplikasi ASTRO GO Listen akan menghasilkan dan mengumpul kandungan terbaik Piala Dunia FIFA 2014. Di samping itu, terdapat juga berita, liputan terkini, temu bual, analisis perlawanan dan pelbagai lagi.
Manakala platform BACA membolehkan rakyat Malaysia mengakses capaian kandungan daripada web dan juga majalah digital.
Selain daripada Piala Dunia FIFA 2014 Brazil, Stadium ASTRO juga menyediakan siaran dan maklumat untuk pelbagai acara sukan perdana yang berlangsung sepanjang tahun 2014 ini khas buat 3.9 juta pelanggan ASTRO dan NJOI antaranya Piala Thomas dan Uber, Barclays Premier League, UEFA Champions League, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
Astro Awani
Tue Apr 29 2014
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.