Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek menyifatkan keputusan anak didiknya Datuk Lee Chong Wei kembali mewarnai sukan badminton adalah satu kejutan dan berita gembira untuk peminat di seluruh dunia.
Misbun percaya hanya kegembiraan di gelanggang sahaja dapat mengubati setiap kesakitan yang dihidapi oleh jaguh badminton itu yang kini telah sembuh daripada barah hidung tahap satu.
"Peminat-peminat semua rindu dengan corak permainan dia di gelanggang. Saya percaya apabila ilmu badminton sudah tertanam dalam dirinya, sampai bila-bila semangat itu sentiasa ada.
"Sekarang ini saya percaya, dalam hatinya (semangat) lebih baik daripada dulu. Apabila dia beritahu akan kembali ke gelanggang sudah tentu harapan dan semangat juangnya tinggi. Ramai orang yang mengalami nasib sama seperti Chong Wei akan berputus asa. Tetapi Chong Wei sangat luar biasa.
BACA: Kanser bukan penghalang untuk emas Olimpik Tokyo - Chong Wei
BACA: 'Saya menangis satu minggu, tidur dan makan tidak boleh' - Chong Wei
"Saya tidak terkejut kalau prestasinya masih seperti dulu dan mungkin lebih baik lagi," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.
Chong Wei semalam mengumumkan keputusannya untuk terus beraksi dalam arena badminton dan menyasarkan penampilan kelima di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Beliau merupakan pemenang pingat perak tiga kali berturut-turut di Olimpik bermula 2008, 2012 dan 2016.
Beliau sebelum ini berehat seketika dalam arena badminton selama empat bulan kerana perlu menjalani rawatan kanser di Taiwan dan dijangka kembali ke gelanggang pada bulan depan.
Misbun berkata pihak kejurulatihan tidak akan melakukan perubahan drastik dalam program latihan sebaliknya mengikut keperluan bekas pemain nombor satu dunia itu.
"Saya rasa tidak perlu perubahan yang drastik dalam program latihan. Dia tahu bagaimana perlu mulakan latihan dan meningkatkan latihannya mengikut peringkat yang biasa dilakukannya. Sekarang ini pihak kejurulatihan perlu bersabar dengan permintaan beliau (tahap latihan mengikut kemampuan Chong Wei) dan modul-modul yang akan diberikan kepadanya.
"Paling penting adalah memastikan Chong Wei memulakan latihan dengan tenang, tidak perlu banyak fikir dan ini akan membawa kepada satu penampilan yang baharu untuk dirinya," katanya.
Dalam pada itu jurulatih Chong Wei, Hendrawan berkata beliau gembira pemain itu membuat keputusan kembali beraksi dan memuji semangat Chong Wei dalam sukan badminton masih tinggi.
"Mengenali Chong Wei, beliau seorang yang mempunyai matlamat. Apabila beliau umum mahu meneruskan kariernya, itu bermaksud beliau menyasarkan sesuatu. Chong Wei bukan pemain yang sekadar bermain, beliau tahu apa yang dia mahu.
"Saya tidak risau tentang teknik atau skill kerana saya percaya Chong Wei tiada masalah mengenai hal itu. Mana-mana pemain hebat di dunia dua perkara itu tidak akan hilang. Paling penting adalah mengembalikan semula kecergasannya," kata Hendrawan.
Hendrawan antara jurulatih yang bersama-sama Chong Wei di saat pemain itu menghadapi situasi sukar iaitu sebelum ini didapati positif doping jenis dexamethasone pada Oktober 2014.
Jelasnya biarpun mempunyai hubungan rapat dengan Chong Wei, Hendrawan berkata keputusan Chong Wei kembali ke gelanggang adalah satu kejutan kerana tiada perbincangan diadakan mengenai perkara itu.
"Saya tidak pernah tanya dan dia sendiri juga tidak pernah beritahu mengenai status kariernya. Sebelum ini saya hanya melawat beliau dan bercakap soal kesihatannya sahaja," katanya.
Bernama
Fri Nov 09 2018
Chong Wei semalam mengumumkan keputusannya untuk terus beraksi dalam arena badminton dan menyasarkan penampilan kelima di Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Piala Uber 2024: Pearly-Thinaah disingkirkan?
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di China.
Tiga pemain digugurkan daripada ABM
Akademi Badminton Malaysia (ABM) menggugurkan tiga pemain perseorangan lelaki akademi itu iaitu Lee Shun Yang, Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng.
ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.
Aaron-Wooi Yik telah tampil aksi sebenar di separuh akhir - Rexy Mainaky
Selepas kekalahan di aksi final kejohanan Terbuka China, Aaron-Wooi Yik menerima kecaman susulan prestasi hambar dan tewas mudah kepada wakil tuan rumah.
Peraturan pakaian pemain profesional: BAM sangkal dakwaan bekas pemain
Katanya, peraturan tersebut sudah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu.
Justin boleh jadi pengganti Chong Wei - Misbun
Justin disifatkan Misbun sebagai pemain terbaik pernah dibimbingnya sepanjang beliau mengemudi kem perseorangan remaja sebelum ini.
Zii Jia, Jin Wei dalam momentum terbaik
Zii Jia sentiasa tenang apabila beraksi, sekali gus memberi keyakinan dan semangat kepada pemain pasukan Malaysia yang lain.
Sze Fei-Hon Jian sasar kelompok 50 terbaik dunia tahun ini
Pemain beregu lelaki negara Goh Sze Fei menyasarkan untuk berada di kelompok 50 terbaik dunia bersama pasangan baharunya Choong Hon Jian.
Legenda mungkin bersama skuad negara pada kejohanan - Presiden BAM
Buat masa ini, tujuh bekas pemain negara itu tidak boleh campur tangan dalam proses pemilihan pemain.
Zii Jia puji persekitaran latihan ABM, terbaik di Malaysia
Pemain badminton profesional utama negara Lee Zii Jia menganggap persekitaran dan kualiti latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, kekal yang terbaik di negara ini.