Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa akur dengan syarat dan keputusan ditetapkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk hanya memberi penambahan empat pas akreditasi Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil.
Pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid berkata BAM sebelum ini memohon penambahan sekurang-kurangnya enam kad akreditasi Olimpik kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk jurulatih, staf sokongan dan rakan pelatih.
"Kita kena terima hakikat, ini keputusan dibuat IOC. Semua pemain yang akan bertanding akan dapat pas akreditasi mereka. Kita kena ikut peraturan mereka, tetapi kita perlu dahulukan apa yang penting," katanya kepada pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Al-Amin berkata venue pertandingan di Rio akan dibuka kepada negara bertanding untuk memulakan sesi latihan bermula 24 Julai ini, namun skuad badminton negara akan berlepas pada 29 Julai.
Beliau berkata skuad negara hanya menjalani latihan pusat di dalam negara, sebelum berlepas ke temasya sukan terbesar di dunia itu.
Mengenai peluang Malaysia di Sukan Olimpik pada Ogos depan, Al Amin berkata jaguh negara Datuk Lee Chong Wei yang kini berada di ranking teratas dunia, dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara ke final.
"Chong Wei mungkin tidak berdepan masalah ke final tetapi bagi pasangan beregu dan beregu campuran mungkin agak sukar, ia bergantung kepada undian. Jika bernasib baik, kita mungkin ada peluang pergi lebih jauh," katanya, sambil menambah undian bakal diketahui akhir Julai ini.
Mengulas mengenai kelewatan pembinaan Pusat Kecemerlangan Badminton Negara di Stadium Juara yang menyukarkan BAM mencari tempat latihan, Al Amin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mencari penyelesaian agar prestasi pemain tidak terjejas.
Lebih menyukarkan keadaan, Stadium Juara yang digunakan untuk latihan pemain badminton negara akan ditutup pada Oktober ini bagi kerja penambahbaikan sebelum Sukan SEA tahun depan.
BAM juga buntu dalam mencari tempat latihan atlet kerana Stadium Juara akan menjadi venue untuk bola jaring manakala badminton akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, yang kini ditutup bagi kerja penambahbaikan.
Untuk rekod, pembinaan akademi itu sepatutnya siap pada 8 Nov lepas, namun pihak kontraktor memaklumkan kerja pembinaan dijangka siap pada Disember ini.
Akademi badminton lapan tingkat itu yang mempunyai kelengkapan seperti gelanggang badminton, gimnasium, auditorium, ruang serbaguna, pejabat serta tempat letak kereta serta asrama, mula dibina pada 3 Mac 2014.
Bernama
Tue Jun 28 2016
AL-AMIN: Skuad negara hanya menjalani latihan pusat di dalam negara, sebelum berlepas ke temasya sukan terbesar di dunia itu. - Gambar fail
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
BAM akur IOC hanya beri tambahan empat PAS akreditasi Sukan Olimpik
BAM terpaksa akur dengan syarat dan keputusan ditetapkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk hanya memberi penambahan empat pas akreditasi Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil.